Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenSignal – Kelajuan Purata Muat Turun 4G Malaysia Diluar Waktu Puncak Lebih Rendah Dari Myanmar, Vietnam Dan Kemboja

OpenSignal – Kelajuan Purata Muat Turun 4G Malaysia Diluar Waktu Puncak Lebih Rendah Dari Myanmar, Vietnam Dan Kemboja

Diterbitkan Mac 3, 2019 oleh Helmi Samsuri

OpenSignal, syarikat yang menyediakan informasi mengenai liputan rangkaian mudah alih telah mengeluarkan laporan mengenai sambungan 4G untuk 77 buah negara.

Menuruti laporan terbabit, kelajuan purata untuk muat turun dalam sambungan 4G ketika diluar waktu puncak, Malaysia (21.0Mbps) berada dibawah Singapura (54.7Mbps), Myanmar (32.7Mbps), Vietnam (26.4 Mbps) dan Kemboja (23.1 Mbps) bagi negara di rantau Asia Tenggara.

Dibawah Malaysia pula adalah Filipina (19Mbps), Indonesia (18.5Mbps) dan Thailand (11.7Mbps).

Screenshot 2019-03-03 at 11.39.42
Imej: OpenSignal

Ketika waktu puncak sekitar jam 9-10 malam , kadar kelajuan 4G paling perlahan Malaysia direkodkan pada kadar 9Mbps. Sementara itu, ketika diluar waktu bukan puncak, ia mampu mencapai 21Mbps, iaitu antara jam 3 – 4 pagi.

Screenshot 2019-03-03 at 12.04.56
Imej: OpenSignal

Menurut OpenSignal, perubahan kelajuan muat turun ini disebabkan faktor kesesakan terhadap penggunaan rangkaian mudah alih bagi tempoh yang disebutkan.

Dilaporkan juga, hanya terdapat dua negara sahaja yang mampu memberikan kelajuan diatas 40Mbps tanpa mengira waktu puncak ataupun tidak, iaitu Singapura dan Korea Selatan.

Untuk bacaan lanjut boleh muat turun laporan OpenSignal

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY