Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengeluar Kereta Elektrik Dari China Tewaskan Tesla Dari Segi Jumlah Pengeluaran Kenderaan Tahun Ini

Posted on Mac 8, 2022

Permulaan tahun ini perlihatkan pengeluar kenderaan elektrik dari China telah berjaya mengatasi jumlah pengeluaran kenderaan elektrik yang dikeluarkan Tesla.

Menurut laman analisis CleanTechnica, Syarikat BYD dari China pada bulan Januari 2022 lalu sahaja telah mengeluarkan sebanyak 93,263 unit kenderaan elektrik mereka.

Jauh mengatasi pengeluaran kereta elektrik oleh Tesla yang hanya merekodkan sebanyak 51.302 unit kenderaan elektrik.

Ia diikuti oleh syarikat SGMW (32,074 unit EV), BMW (23,728 unit EV) dan Volkswagen (23,572 unit EV).

Berikut adalah 20 pengeluar kereta elektrik terbanyak pada Januari 2022 menurut CleanTechnica berdasarkan data dari EV Volumes.

Sungguhpun begitu, model kereta elektrik dari Tesla iaitu Tesla Model Y masih kekal sebagai EV paling popular di maan sebanyak 32,700 unit telah terjual.

Mengatasi pesaing lain seperti Wuling HongGuang mini EV, BYD Qin Plus PHEV dan BYD Song Pro/Plus PHEV.

Qin Plus-2021 keluaran BYD. Kredit: New Energy EV

Secara keseluruhan, pendaftaran kereta elektrik dari tahun ke tahun menunjukkan peningkatan sebanyak 87% di mana pasaran terbesar kereta elektrik ketika ini adalah China.

Malah kereta elektrik kini telah menguasai 10% daripada pasaran automotif di seluruh dunia.

Sumber: CleanTechnica

Baca juga:

  • “Bukan Ada Orang Tengok Pun” Elon Musk Merajuk Tesla Tidak Disebut Biden Dalam Ucapan Tahunan
  • Dalam Diam Elon Musk Derma ~RM23 Bilion Saham Tesla Pada Badan Amal
  • Ketua Reka Bentuk Tesla Kritik Apple, Katanya Rekaan Peranti Apple Dah Tak Menarik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress