Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sony honda

Kereta Elektrik Gabungan Teknologi Honda Dan Sony Akan Diperkenal 3 Tahun Lagi

Diterbitkan Mac 7, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Sony Group dan Honda Motor beberapa hari lalu telah menandatangani perjanjian persefahaman untuk membuka sebuah syarikat baru untuk menghasilkan kereta elektrik gabungan teknologi kedua-dua syarikat. Tanpa mendedahkan nama syarikat tersebut, mereka menjangkakan ia akan secara rasmi ditubuhkan pada tahun ini juga.

sony vision-s january -reuters
Prototaip Sony Vision-S /Reuters

Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan, kedua-dua syarikat bagaimanapun menekankan usaha sama ini tidak eksklusif dan menyatakan mereka mengalu-alukan syarikat lain untuk sama menyertai kerjasama ini dan bersama mengembangkannya ke indsutri lain.

Dengan ini, Honda akan terlibat dalam pembuatan kereta seperti pengilangan rangka kereta, pengurusan perkhidmatan selepas jualan (after-sales) manakala Sony pula akan menumpukan bahagian pembangunan rangkaian, telekomunikasi, teknologi hiburan, aplikasi pengimejan dan lain-lain.

sony vision s
Prototaip Sony Vision-S /Reuters

Sejarah kedua-dua syarikat ini sebenarnya sudah bermula lama kerana pengasas mereka iaitu Soichiro Honda dan Masaru Ibuka (Sony) merupakan rakan baik sewaktu hayat mereka.

Pun begitu, Honda akan terus terus membangunkan kenderaan elektrik mereka untuk jenama sendiri tanpa melibatkan syarikat usaha sama untuk penjualannya. Kereta pertama hasil kerjasama dua syarikat ini dijangkakan diperkenal pada tahun 2025 kelak.

Sumber: Honda

Baca juga:

  • Bajet 2022: Kerajaan Kecualikan Sepenuhnya Cukai Jualan Kereta Elektrik
  • Setel Kini Sokong Pembayaran ‘Parking’ Kereta, Ini Cara Nak Guna
  • Kos Tukar Bateri Lebih Dari RM90K, Pemilik Tesla Ini Ambil Keputusan Untuk Letupkan Kereta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY