Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi kuwait leak redmi pad

Xiaomi Kuwait Dipercayai Tidak Sengaja Bocorkan Gambar Redmi Pad

Diterbitkan September 20, 2022 · Dikemas kini September 20, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Xiaomi dijangka akan melancarkan beberapa peranti baharu untuk pasaran dunia termasuklah siri telefon Xiaomi 12T dan tablet Redmi Pad.

Kalau nak bersembang soal ura-ura, khabar angin membisikkan bahawa model 12T Pro ialah Redmi K50 Ultra yang ditukar nama dan akan dilengkapkan dengan lensa 200MP.

Di bawah ialah imej yang dikatakan Xiaomi 12T Pro dan Redmi Pad.

leak xiaomi 12t pro redmi pad

Xiaomi Kuwait pula dikatakan telah memuat naik gambar yang dipercayai Redmi Pad di Instagram dan kemudian telah memadamnya.

Menurut laporan juga, ia akan hadir dengan dua padanan memori iaitu 3/64GB dan 4/128GB selain 3 pilihan warna iaitu Mint Green, Graphite Gray dan Moonlight Silver.

Xiaomi Kuwait Dipercayai Tidak Sengaja Bocorkan Gambar Redmi Pad

Tablet ini dilihat akan dilepaskan untuk segmen mampu milik dan menggunakan pemproses MediaTek Helio G99.

Ia mungkin hadir dengan dengan paparan LCD bersaiz 11.2″ dengan resolusi 2K, bateri sebesar 7800mAh dengan pengecasan 22.5W dan kamera 8MP di belakang serta menjalankan MIUI Pad 13.

Berkaitan

  • Xiaomi 12 Lite Mula Dijual 27 Ogos Ini
  • Skor Markah DxOMark Bagi Kamera Xiaomi 12S Ultra Lebih Rendah Berbanding 11 Ultra
  • Ini Adalah Senarai Peranti Xiaomi Yang Tidak Lagi Terima Sokongan Kemas Kini
  • Ada 8 Barang Baru Xiaomi Bawa Masuk, 'CCTV' RM129 Antaranya
  • Xiaomi Malaysia Bawa Masuk Pembesar Suara 'Boleh Gabung', TV Dan 'Air Fryer'
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Manusia Terkaya: Kedudukan Jeff Bezos Dipintas Oleh Jutawan India, Guatam Adani
  • CEO: Beberapa Syarikat Di China Berterusan Tiru Paten Huawei Tanpa Sebarang Bayaran

Maklumat di internet mengatakan ia akan dijual sekitar $232 iaitu sekitar RM1,057. Sama-sama kita nantikan pelancarannya nanti

Sumber: Pricebaba

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY