Memperlihatkan rekaan lebih segar serta premium, Xiaomi kini membayangkan sebuah lagi model dalam siri sama sebagai peneman kepada Mi CC9. Model yang membawa nama Mi CC9e ini mungkin dilengkapi dengan spesifikasi lebih rendah sedikit berbanding versi sebuah lagi.
Seperti yang boleh dilihat dari gambar diatas, kedua-dua peranti dilapisi dengan warna lembut disamping corak menarik menghiasi panel belakang kaca. Bahagian hadapan dikhabarkan akan dipasang dengan skrin OLED 6.39 inci FHD+ sementara Mi CC9e dilengkapkan dengan paparan 6.08 inci.
Mengoperasikan dari dalam adalah sistem Android Pie 9 dengan antaramuka MIUI 10. Ura-ura berkenaan spesifikasi, Mi CC9 akan didatangkan dengan lensa 48MP sebagai lensa utama dan 32MP untuk rakaman talaan hadapan. Komponen dalaman berkemungkinan diisi dengan antara Snapdragon 710, 712 atau 730 dengan sistem memori gandingan RAM 4/6/8GB bersama storan 64/128/256GB. Menjana peranti pula mungkin bateri berkapasiti 3940mAh.
https://www.youtube.com/watch?v=lAG75MJTg6U
Siri Mi CC ini merupakan produk pertama dari Xiaomi setelah mengambil alih Meitu, sebuah jenama yang memfokuskan selfie dengan pelancarannya dijangka berlangsung esok, 2 Julai 2019. Belum dapat dipastikan sama ada ia hanya akan dipasarkan di China sahaja atau dibawa keluar ke pasaran lain.
Berkaitan
- Xiaomi Mi Note 10 Bakal Dilancarkan Di Malaysia 3 Disember Ini
- Apple Umum iPad Air Dan iPad Mini Dikuasakan Dengan Cip A12 Bionic
- Telefon Andalan Baru Xiaomi Mungkin Guna Kamera 200MP
- Kemaskini Windows 10 19H1 Akan Mudahkan Pengguna Memahami Mesej Ralat
- Sony Dilihat Tidak Berminat Dengan Telefon Pintar, Akan Memberikan Tumpuan Kepada Teknologi Realiti Maya
- OnePlus 7 Pro Kini Rasmi Dengan Tri-Kamera Dan Paparan 6.67 Inci 90Hz
- Google Pixel 3 Mengalami Masalah Kepanasan Sehingga Mematikan Peranti
- Dengan Harga RM699, Anda Kini Boleh Memiliki Zenfone 3 Max 5.2
- Microsoft Hentikan Sokongan Office 2007 Bermula Minggu Hadapan
- Mi 10 Pro Raja Baru DxOMark