Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi Note 10 Bakal Dilancarkan Di Malaysia 3 Disember Ini

Xiaomi Mi Note 10 Bakal Dilancarkan Di Malaysia 3 Disember Ini

Diterbitkan November 20, 2019 · Dikemas kini November 20, 2019 oleh Helmi Samsuri

Setelah puas disajikan dengan laporan perasmian bagi pasaran luar negara, tidak lama lagi giliran peminat tempatan pula menikmati kehadiran Xiaomi Mi Note 10. Peranti ini telah dijadualkan pengenalannya di Malaysia pada 3 Disember 2019 sepertimana yang tertera pada paparan iklan digital di pusat beli belah Pavilion.

Xiaomi Mi Note 10 Bakal Dilancarkan Di Malaysia 3 Disember Ini
Imej | ZingGadget

Diperkenalkan terlebih dahulu di China dengan nama Mi CC9 Pro, ia merupakan peranti pertama didunia yang dilengkapkan dengan kamera 108MP. Turut sama menemani sensor tersebut adalah 12MP 2x telefoto, 5MP 5x telefoto, 20MP ultralebar dan lensa khas makro 2MP.

Xiaomi Mi CC9 Pro Kini Rasmi Diperkenalkan, Kamera 108MP Dan Bateri 5260mAh

Bagi rakaman talaan hadapan, Xiaomi menyertakan kamera 32MP yang ditempatkan pada takuk kecil paparan AMOLED bersaiz 6.47 inci serta turut mempunyai pengimbas cap jari.

Xiaomi Mi Note 10 Bakal Dilancarkan Di Malaysia 3 Disember Ini

Menguatkan lagi penawaran Mi Note 10 adalah penggunaan cip pemproses Snapdragon 730G bersama padanan memori RAM 6GB dan ruang simpanan 128GB.

Xiaomi Mi Note 10 Yang Merupakan Xiaomi Mi CC9 Pro Versi Global Turut Dilancarkan

Dari segi janaan kuasa, Mi Note 10 dibekalkan dengan bateri berkapasiti 5260mAh dan daya pengecasan pantas 30W disalurkan melalui port USB-C.

Harga jualan Mi Note 10 untuk pasaran China bermula sekitar ~RM1655 sehingga ~RM1831 (mengikut tukaran matawang asing semasa ia dilancarkan tempoh hari).

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY