Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xioami Flip

Xiaomi Dilapor Sedang Bangunkan Telefon Macam Galaxy Z Flip3

Diterbitkan Disember 30, 2021 · Dikemas kini Disember 30, 2021 oleh Amsyar Latif

Rasanya boleh dikatakan tahun 2021 merupakan tahun bagi telefon pintar yang boleh dilipat. Lepas satu dan satu peranti sebegini dilancarkan. Disebabkan itu juga, Android turut akan menawarkan sistem operasi yang lebih kemas bagi kelas ini.

Xiaomi baru-baru ini telah memperkenalkan barisan siri Xiaomi 12. Kini, mereka juga semakin serius dalam menawarkan telefon boleh lipat pula.

Hal ini kerana Xiaomi sudah memfailkan paten kepada Pentadbiran Harta Intelek China (CNIPA) di mana mereka sedang memperluaskan rangkaian telefon boleh lipat.

xiaomi flip paten 4
xiaomi flip paten 3
xiaomi flip paten 2
xiaomi flip paten 1

Berdasarkan paten yang dihantar, rupa bentuknya tidak lari seperti peranti Samsung Galaxy Z Flip3. Skrin dalamannya pula, terdapat dua lensa pada bahagian kiri yang mirip siri Huawei P40. Apabila peranti ini dilipat, ia lebih slim berbanding yang ada pada Samsung.

Oleh yang demikian, “Xiaomi Flip” pertama dari mereka ini diramalkan bakal hadir buat pasaran. Cumanya belum pasti sama ada cepat atau lambat sahaja. Tidak mustahil pun Xiaomi akan tampil dengan peranti sebegini.

Mereka sebelum ini sudah ada Xiaomi Mi Mix Fold. Malah, cita-cita mereka yang masih mahu menjadi pengeluar nombor satu dunia pasti mendorong Xiaomi akan melancarkan peranti ini.

Sumber: mysmartprice

Baca juga:

  • Reaksi Awal Huawei P50 Pocket – Enjin P50, Luaran Mini

  • Xiaomi 12 Pro – Pengecasan 120W, Tiga Kamera 50MP

  • Xiaomi 12X – Alternatif Xiaomi 12 Yang Mampu Milik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY