Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Car

Xiaomi Dilapor Dalam Perancangan Untuk Bangunkan Kereta Sendiri

Diterbitkan Februari 19, 2021 ยท Dikemas kini Februari 19, 2021 oleh Amalina Athman

Jika sebelum ini kita sering dihidangkan dengan perkhabaran mengenai Apple akan membangunkan Apple Car, kini Xiaomi pula dilaporkan dalam perancangan untuk memasuki segmen pasaran automobil.

Laporan terbaru mendedahkan syarikat itu merancang untuk membangunkan kereta mereka sendiri. Menurut iFengNews, beberapa sumber baru-baru ini menyatakan gergasi teknologi dari China itu merancang untuk membangunkan kereta mereka dan menganggapnya sebagai keputusan strategik.

Sumber tersebut turut mendakwa projek pembangunan kereta itu akan diketuai oleh Lei Jun yang merupakan pengasas dan CEO Xiaomi.

Buat masa ini, tiada kenyataan rasmi atau maklum balas yang dikeluarkan oleh Xiaomi berhubung perkara berkenaan. Dengan itu, tidak dapat disahkan jika laporan ini adalah tepat atau hanya khabar angin.

Bagaimanapun, tidak mustahil jika Xiaomi yang telah memasuki pelbagai segmen pasaran akan turut mengikut serta untuk segmen pasaran terbaru.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY