Projek ini ditubuhkan untuk memberikan pengalaman Android kepada mereka yang ingin merasainya tanpa mengeluarkan wang yang begitu besar.
Projek Android One dilancarkan di India pada tahun 2014 tetapi kurang mendapat sambutan dan tidak seperti yang diharapkan.
Google dikhabarkan cuba untuk memulakan projek ini kembali dengan membuat kerjasama dengan Xiaomi. Kerjasama ini dinilai atas beberapa perkara seperti:
- Xiaomi berjaya menghasilkan peranti yang berkualiti dengan harga jualan yang rendah.
- Xiaomi menjadi jenama yang terkenal di India setelah membuka kilang pembuatan mereka di sana.
Jika khabar angin ini benar, mungkin kita dapat melihat satu produk yang menarik daripada kerjasama ini. Xiaomi dengan perkakasan dan binaan yang berkualiti digabungkan dengan perisian mantap dari Google, memungkinkan sebuah peranti yang sangat berbaloi untuk dimiliki dapat dihasilkan.
Sumber
Berkaitan
- Xiaomi Berkongsi Sedikit Imej Mengenai Peranti Terbaru Mereka Sebelum Hari Pelancaran
- Xiaomi Perkenalkan Mi 8, Mi 8 SE & Mi Band 3 Di China
- Imej Xiaomi Mi 6X Muncul Dengan 2 Pilihan Warna Setakat Ini
- Xiaomi Mi 10T - Spesifikasi Terbaik Pada Harga Berpatutan
- Ini Cara Beli 'Laptop' Dan Tablet Yang Sokong Aplikasi Google Harga ‘Rahmah’
- Xiaomi Mi 6X Dikhabarkan Datang Dengan 4GB RAM
- Sistem Operasi Misteri Fuchsia Dari Google Mempunyai UI Yang Baru
- Xiaomi Mi Max 2 Sudah Berada Di Malaysia
- HMS Pun Boleh Muat Turun Aplikasi Google? Semuanya Terjawab Dengan HUAWEI nova 9!
- Google Memberi Penghormatan Kepada P. Ramlee Dalam Bentuk 'Doodle' Bagi Memperingati Ulangtahun Kelahiran Ke-88