Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Ceburi Industri Automotif, Hadir Dengan SUV Xiaomi Redmi Car

Xiaomi Ceburi Industri Automotif, Hadir Dengan SUV Xiaomi Redmi Car

Diterbitkan April 18, 2019 oleh Haikel Areff

Jenama Xiaomi bukan sahaja terkenal sebagai pengeluar telefon pintar, malah mereka juga mempunyai pelbagai barisan produk lain termasuk skuter serta beberapa produk rumah pintar.

Akan tetapi, industri automotif bukanlah bidang yang diceburi oleh mereka sebelum ini. Namun, ia berubah apabila mereka memperkenalkan Xiaomi Redmi Car, sebuah SUV yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat Besturn FAW Group.

Xiaomi Ceburi Industri Automotif, Hadir Dengan SUV Xiaomi Redmi Car
Redmi Car/Xiaomi
Xiaomi Ceburi Industri Automotif, Hadir Dengan SUV Xiaomi Redmi Car
Redmi Car/Xiaomi

Besturn turut digelar Bestune di peringkat global. Malah, model SUV ini juga sebenarnya dikenali juga sebagai Bestune T77.

Kereta ini dikuasakan dengan enjin 1.2 Liter berkuasa turbo dan bukannya mana-mana cip Snapdragon. Ia hadir dengan 143 kuasa kuda serta daya kilas maksimum sehingga 204 Nm.

Ia dipasarkan pada harga sekitar RM54,950 atau RMB89,000 di pasaran China namun kami tidak menjangkakan ia bakal dibawa masuk ke Malaysia.

 

Sumber: AndroidPit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY