Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Buds 5 Kini Di Malaysia – Sokong aptX Lossless, Ditala Harman, Ada ANC

Xiaomi Buds 5 Kini Di Malaysia – Sokong aptX Lossless, Ditala Harman, Ada ANC

Diterbitkan September 27, 2024 · Dikemas kini September 27, 2024 oleh Rushsyafizal

Xiaomi kini melancarkan Xiaomi Buds 5 yang hadir dengan spesifikasi tinggi dan reka bentuk ringan, menjadikannya fon telinga yang sesuai untuk kegunaan harian.

Xiaomi Buds 5 juga dilengkapi dengan pemacu dwi-magnet 11mm yang bertaraf flagship, penalaan Harman AudioEFX, serta sokongan Qualcomm aptX Lossless dan pensijilan Hi-Res Audio untuk bunyi yang jelas dan mendalam. Fon telinga ringan ini turut menawarkan pembatalan hingar aktif (ANC) frekuensi luas dengan mod yang boleh disesuaikan dan pilihan AI adaptif, memastikan kejelasan audio dalam apa jua persekitaran.

Xiaomi Buds 5 Kini Di Malaysia – Sokong aptX Lossless, Ditala Harman, Ada ANC
Xiaomi Buds 5 Kini Di Malaysia – Sokong aptX Lossless, Ditala Harman, Ada ANC
Xiaomi Buds 5 Kini Di Malaysia – Sokong aptX Lossless, Ditala Harman, Ada ANC
Xiaomi Buds 5 Kini Di Malaysia – Sokong aptX Lossless, Ditala Harman, Ada ANC

Tersedia dalam tiga pilihan warna Graphite Black, Ceramic White, dan Titan Gray, setiap fon telinga mempunyai berat hanya 4.2g dengan saiz 30mm x 20.16mm x 17.18mm. Bekas pengecasnya pula seberat 36.6g, memberikan jumlah keseluruhan hanya 45g, mudah dibawa ke mana sahaja.

Fon telinga ini mempunyai bateri 35mAh manakala bekas pengecasnya dilengkapi dengan 480mAh, disokong oleh port pengecasan jenis-C. Dengan Bluetooth 5.4 dan pelbagai protokol seperti HFP, A2DP, dan AVRCP, Xiaomi Buds 5 menawarkan sambungan stabil sehingga 10 meter dalam ruang terbuka.

Xiaomi Buds 5 Kini Di Malaysia – Sokong aptX Lossless, Ditala Harman, Ada ANC

 

Kualiti bunyi dipertingkatkan dengan julat frekuensi antara 16Hz-40kHz, memberikan pengalaman audio yang lebih jelas dan mendalam. Dalam kotak, pengguna akan menerima sepasang Xiaomi Buds 5, bekas pengecas, kabel pengecas jenis-C, dan manual pengguna.

Xiaomi Buds 5 ditawarkan pada harga RM379 , menjadikan ia sebagai pilihan yang ideal bagi mereka yang mencari gabungan antara gaya dan teknologi.

Beli di:

Shopee – https://invl.io/cllqg4m

Lazada – https://invol.co/cllqezn

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Siri Xiaomi 14T Kini Rasmi Untuk Pasaran Global, Lengkap Dengan Lensa Leica Dan Ciri AI Google
  • Tiada Lagi Beg Plastik Di 7,601 Premis Mulai 1 Oktober
  • Xiaomi MIX Flip Akan Tiba Di Malaysia

Sumber: Siaran media Xiaomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY