Xiaomi baru sahaja melancarkan peranti terbaru mereka menerusi Xiaomi 14T dan 14T Pro untuk pasaran global. Xiaomi dilihat meneruskan fokus mereka dalam dunia fotografi mudah alih kerana kedua-dua peranti tampil dengan Leica serta kemampuan lensa dipertingkatkan.
Bermula dengan Xiaomi 14T, ia dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8300-Ultra yang dipadankan bersama memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X 8533Mbps dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0.
Peranti ini menawarkan skrin AMOLED 144Hz berukuran 6.7 inci dan kecerahan sehingga 4000 nits. Bateri pula dibekalkan 5000mAh dengan pengecasan 67W HyperCharge.
Dengan tiga lensa Leica pada belakang peranti, ia termasuk 50MP lensa utama, 12MP ultra lebar dan 50MP telefoto. Ia juga hadir dengan warna Leica Authentic dan Vibrant. Sementara 32MP untuk lensa swafoto.
Beralih kepada Xiaomi 14T Pro, ia ada sedikit kelebihan. Telefon ini dilengkapi MediaTek Dimensity 9300+, memori 12GB atau 16GB RAM LPDDR5X 8533Mbps dan storan dalaman sehingga 1TB.
Terdapat tetapan tiga kamera Leica Summilux dan memfokuskan fotografi malam. Ia mewakili 50MP utama dengan sensor light fusion 900, 12MP ultra lebar dan 50MP telefoto dengan 2.6x zum optikal. Manakala, 32MP untuk swafoto.
Skrin pun sama, 6.67 inci AMOLED 144Hz dengan kecerahan sehingga 4000 nits. Sementara, bateri adalah 5000mAh, pengecasan 120W HyperCharge dan ada pengecasan tanpa wayar berkelajuan 50W.
Kedua-dua peranti juga hadir dengan penarafan IP68, pembesar suara stereo, pemancar infra merah dan menjalankan HyperOS berasaskan Android 14.
Terbaru, peranti tersebut kali ini didatangkan dengan ciri AI yang mana sebelum ini terhad untuk peranti Samsung dan Google sahaja, iaitu circle to search dan Google Gemini. Ciri AI lain daripada Xiaomi adalah termasuk AI interpreter, AI notes, AI recorder, AI subtitles, AI film, AI image editing dan AI portrait.
Xiaomi 14T Pro dijual pada harga bermula EUR799 (~RM3,669) dan Xiaomi 14T pula bermula EUR649(~RM2,980). Namun, jangan risau, harga untuk pasaran Malaysia adalah lebih rendah.
{suggest}