Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
plastic bag_

Tiada Lagi Beg Plastik Di 7,601 Premis Mulai 1 Oktober

Diterbitkan September 27, 2024 ยท Dikemas kini September 27, 2024 oleh Amalina Athman

Sebanyak 20 pasar raya, kedai serbaneka serta farmasi akan menghentikan penggunaan beg plastik sepenuhnya di 7,601 premis perniagaan mereka di seluruh negara, bermula 1 Oktober 2024.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata antara yang menyertai inisiatif itu termasuk 99 Speedmart, Aeon, 7-Eleven, TF Value Mart, Lotus’s, Watson, Guardian dan sebagainya.

Ada yang sudah melaksanakan inisiatif ini, tetapi pada hari ini mereka menandatangani Akujanji untuk berikrar melaksanakannya secara besar-besaran mulai minggu depan. Sekiranya pelanggan tidak membawa beg sendiri, mereka boleh membeli beg kitar semula di kedai itu.

Menerusi pelaksanaan inisiatif itu, Nga berkata penggunaan 200 juta beg plastik setahun dijangka dapat dikurangkan. Sekali gus, dapat menangani kesan negatif penggunaan plastik, khususnya beg plastik jinjit sekali guna, terhadap alam sekitar dan pengurusan sisa pepejal di Malaysia.

Selain itu, inisiatif ini juga selaras dengan hasrat negara untuk mencapai transformasi ekonomi kitaran dengan memaksimumkan kecekapan penggunaan sumber dan meminimumkan penjanaan sisa.

https://www.facebook.com/KPKTMalaysia/posts/pfbid02Pm8KfCtT5cgPX8DEqatD9QmFpZ391LyfmGkuSrpoKRfJt7P5RT5wxUWdRJ3hJJ8tl

Berkaitan

  • LEGO Hapuskan Plastik Pada Kotak Produk Di Asia Dan Eropah
  • Rakyat Malaysia Antara Yang Tertinggi Di Dunia Makan Mikroplastik Setiap Hari - Kajian
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas

Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Rujukan: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY