Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi MIX Flip

Xiaomi MIX Flip Akan Tiba Di Malaysia

Diterbitkan September 27, 2024 oleh Amsyar Latif

Xiaomi MIX Flip telah pun diperkenalkan secara rasmi beberapa bulan lepas dan malam tadi, ia sudah rasmi untuk pasaran global. Kini, ia dilihat bakal menembusi pasaran Malaysia.

Perkara ini disahkan sendiri melalui kiriman rasmi Xiaomi Malaysia di Facebook mereka. Dengan ini, MIX Flip akan dijual bersama-sama siri Xiaomi 14T untuk pasaran tempatan.

Menyentuh spesifikasi, ia mirip yang dilancarkan di China tempoh hari. Telefon ini dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 3, memori 12GB LPDDR5X dan storan 512GB UFS 4.0.

xiaomi mix flip

Skrin dalamnya bersaiz 6.86 inci CrystalRes 1.5K UTG dengan kecerahan sehingga 3000 nits dan kadar segar semula adaptif 1-120Hz. Sementara, skrin luarnya berukuran 4.01 inci yang dilindungi Xiaomi shield glass, kecerahan sehingga 3000 nits dan berkadar segar semula 120Hz. Masing-masing menyokong HDR10+, Dolby Vision dan pengiktirafan TÜV Rheinland.

Dari sudut fotografi, ia didatangkan dengan kamera Leica yang mewakili 50MP utama dengan sensor light fusion 800 dan 50MP telefoto dengan sensor OV60A. Manakala, kamera hadapan adalah 32MP.

Lain-lain termasuklah bateri 4780mAh dengan pengecasan 67W, NFC, pengimbas cap jari di sisi peranti, dwi SIM dan ciri AI seperti circle to search dan Google Gemini.

Harga untuk pasaran Eropah adalah EUR1300 atau sekitar RM5900 tetapi kami menjangkakan ia dijual dengan harga lebih rendah dari itu agar dapat bersaing dengan telefon Flip daripada Samsung.

Berkaitan

  • (Ulasan) HONOR Magic V3 - Penanda Aras Baharu Telefon Lipat
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Siri Xiaomi 14T Kini Rasmi Untuk Pasaran Global, Lengkap Dengan Lensa Leica Dan Ciri AI Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY