Xiaomi Black Shark Versi Global Mungkin Dilancarkan Tidak Lama Lagi

April lepas Xiaomi dengan bangganya telah lancarkan telefon pintar gaming pertama diberi nama Black Shark.

Selain namanya yang garang, telefon ini dapat perhatian ramai kerana harga permulaan yang boleh dikatakan murah.

Tapi apakan daya, Black Shark terhad ditawarkan di China sahaja. Berdasarkan perkhabaran terbaru, satu laman web telah dimuat naik memberi bayangan pelancaran versi global bakal dibuat tidak lama lagi.



Dengan tagline, "Sharks approaching. Unleashing soon", ia hanya menyediakan ruang untuk mendaftar e-mel bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui perkembangan selanjutnya.

Difahamkan, Black Shark akan menjengah pasaran Eropah terlebih dahulu.

Spesifikasi ringkas Black Shark:

  • Snapdragon 845

  • RAM 6GB dan 8GB

  • Storan dalaman 128GB

  • Skrin 6 inci HD+

  • Bateri 4000mAh

  • Dwi kamera dengan lensa telefon 12MP+20MP

  • Kamera selfie 20MP

  • Tiada bicu audio

  • Harga ketika dilancarkan

    • 2999 Yuan (~RM1806)

    • 3499 Yuan (~RM2107)




Sumber: Black Shark Global