Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PlayStation VR

Sony Umum VR Generasi Baharu Bakal Hadir Pada PS5

Diterbitkan Februari 23, 2021 oleh Helmi Samsuri

Set kepala realiti maya, PlayStation VR dari Sony sedia diperkenalkan sejak empat tahun yang lalu. Mungkin dianggap sudah lama, penggunaannya masih lagi disokong pada PlayStation 5 tetapi menerusi penyesuai khusus bagi sambungan aksesori kamera.

Sony Umum VR Generasi Baharu Bakal Hadir Pada PS5

Terkini, syarikat pengeluar tersebut telah mengumumkan bahawa mereka sedang membangunkan sistem realiti maya terbaharu untuk PS5. Walaubagaimanapun, ia tidak akan ditawarkan pada tahun ini tetapi pengumuman tersebut dibuat hanyalah sekadar makluman awal kepada peminat setia konsol berkenaan.

Difahamkan bahawa, komuniti pembangun sudah memulakan tugasan mereka dalam menyediakan sistem realiti maya tersebut. Selain itu, Sony turut menyatakan bahawa generasi baharu ini bakal diberikan tambah baik dari segi resolusi, sudut pandang, penjejakan hinggalah kepada input.

Sambungan kepada PS5 juga lebih ringkas bagi memudahkan pengguna disamping memberikan pengalaman visual yang lebih baik.

Sumber: PlayStation Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY