Xiaomi Berkongsi Sedikit Imej Mengenai Peranti Terbaru Mereka Sebelum Hari Pelancaran

Pihak Xiaomi sudah mengumumkan tarikh mengenai peranti Mi 6X mereka iaitu pada 25 April ini yang dilengkapi dengan kamera hadapan 20-megapiksel. Tidak berhenti setakat itu kerana Xiaomi juga sudah mendedahkan imej mengenai peranti tersebut di laman sosial Weibo mereka.

Imej menampilkan peranti dengan 6 pilihan warna yang berbeza; Hitam, Emas Ros, Emas, Merah, dan Biru. Xiaomi menyertakan pengimbas cap jari di bahagian panel belakang peranti bersama-sama kamera utama pada kedudukan menegak seperti telefon pintar iPhone X.

Xiaomi Mi 6X akan menggunakan kemasan logam untuk badan peranti dengan rupa keseluruhan menggambarkan rekaan selaras dengan peranti-peranti Xiaomi yang lain untuk tahun 2018.

 







Xiaomi Mi 6X menurut laman TENAA akan menggunakan skrin paparan 5.99-inci full HD+ (2160 x 1080) dan akan dipacu oleh cip Snapdragon 660 dengan 8 teras. Xiaomi Mi 6X ditawarkan dalam dua pilihan RAM iaitu 4GB dan 6GB dan 64GB dan 128GB untuk ROM.

Untuk sistem kamera pula, telefon pintar ini akan menggunakan gabungan kamera 20 dan 12-megapiksel untuk kamera utama mereka. Bateri berkapisiti 2, 910 mAh akan mengiringi pengguna dalam kehidupan harian mereka.

Tiada harga rasmi yang disebut setakat ini namun ada khabar mengatakan peranti ini akan dijual di China pada harga permulaan RM 925.