Xiaomi Mi 10T - Spesifikasi Terbaik Pada Harga Berpatutan

Tidak dinafikan Xiaomi Mi 10T merupakan antara siri telefon pintar paling dinanti-nantikan oleh pengguna di Malaysia.

Manakan tidaknya, ia hadir dengan cip pemprosesan pantas Snapdragon 865, skrin kadar segar semula tinggi 144Hz, dan yang paling penting adalah penawaran harga yang mampu milik.



Tambah-tambah lagi, jika anda seorang gamer yang tegar bermain permainan pada telefon pintar, sudah tentu penawaran sebegini mudah menarik minat anda.

Skrin Pantas 144Hz LCD 6.67 Inci


Kadar segar semula dan juga gamer merupakan satu pasangan yang sinonim sejak dari dahulu lagi. Skrin dengan kadar segar semula yang tinggi bukan sahaja membantu pemain berinteraksi dengan lebih imersif, bahkan memudahkan pemain membaca gerakan animasi permainan.



Dengan siri Mi 10T, ia dimuatkan dengan kadar segar semula 144Hz, antara yang tertinggi dalam pasaran telefon pintar. Bukan sahaja 144Hz ini memberikan kelebihan ketika bermain, bahkan pengguna juga boleh mengalami kepuasan menatal telefon pintar dengan gerakan antaramuka yang lebih lancar.

Tambahan pula sejak kebelakangan ini, sudah ramai pengeluar telefon pintar dan juga pembangun permainan memberikan perhatian terhadap sokongan permainan melebihi 60FPS seperti Fortnite, PUBG Mobile, dan juga COD Mobile.

Snapdragon 865 Untuk Grafik Memuaskan Serta Penggunaan Lancar


Cip adalah merupakan nadi dan jantung kepada telefon pintar. Disebabkan itu adalah pentingnya untuk menggunakan cip yang berkuasa lebih-lebih lagi jika ditujukan untuk golongan gamer tegar.



Siri Xiaomi Mi 10T menggunakan Snapdragon 865. Walaupun ia bukan versi 865+, ia sudah masih mencukupi untuk mengemudi permainan grafik tinggi pada tahun 2020 ini.

Bukan sahaja anda akan menikmati permainan pada fps yang lancar, anda juga dapat melihat kualiti visual permainan yang mengasyikkan dengan telefon pintar ini.

https://www.youtube.com/watch?v=Fy7Ed5_Oo44

Siri Mi 10T juga turut dilengkapi rangkaian 5G dengan penggunaan Snapdragon 865. Tidak salah juga untuk mengatakan Siri Mi 10T merupakan antara telefon termurah yang dimuatkan dengan rangkaian 5G sebagai teknologi pada masa akan datang.

Bateri 5,000mAh Tahan Lama Dengan Pengecasan Penuh Hanya 1 Jam Sahaja


Apalah gunanya menggunakan telefon pintar tanpa ketahanan hayat bateri yang memuaskan. Pada siri Mi 10T, ia dimuatkan dengan kapasiti bateri 5,000mAh, lebih besar dari kebanyakan purata telefon pintar pesaing dalam pasaran.



Dengan saiz kapasiti bateri yang besar, anda kini tidak lagi perlu risau jika telefon pintar kehabisan bateri. Tambahan, siri Mi 10T juga dilengkapi dengan pengecasan pantas 30W.

Hanya perlukan 1 jam sahaja untuk memenuhkan bateri dari kosong. Baik jangka hayat dan juga pengecasan, anda tidak perlu gelisah lagi dengan prestasi bateri dari siri Mi 10T ini.

Kamera 108MP Untuk Kualiti Penggambaran Memuaskan


Siri Mi 10T dimuatkan dengan 3 lensa kamera belakang. Mi 10T Pro dengan 108MP+13MP+5MP dan Mi 10T dengan 64MP+13MP+5MP. Menggunakan kamera dengan resolusi tinggi, sudah tentu imej akan lebih terperinci dengan butiran yang mencukupi.



Penggambaran malam juga lebih memuaskan dengan 6 mod exposure panjang.

Kapsyen: Night Mode


Kapsyen: Night Mode


Kapsyen: Mod exposure panjang


Kapsyen: Mod exposure panjang


Selain itu, terdapat juga fungsi unik seperti mengklon subjek melalui imej dan video untuk mencipta kandungan yang lebih kreatif dan juga menarik.



Siri Xiaomi Mi 10T menyokong ciri rakaman video dengan resolusi 8K dan juga rakaman serentak kamera hadapan dan belakang menerusi Dual Video.

https://www.youtube.com/watch?v=AvQEdIYc3ik

Mi 10T Pro dijual pada harga RM1,999 manakala saudara kecilnya Mi 10T pula pada RM1,699. Dengan setiap pembelian, anda akan mendapat waranti selama 24 bulan, jaminan perlindungan skrin 6 bulan, dan juga 6 bulan langganan percuma Netflix Mobile (terhad hanya 4,000 unit sahaja).

Jika berminat, boleh dapatkan siri Xiaomi Mi10T di Lazada ataupun pengedar produk Xiaomi di seluruh negara.

*Artikel ini dibawakan oleh Xiaomi Malaysia