Dengan Bajet Bawah RM500, Ini Fon ‘Gaming’ Permulaan Mampu Milik

Bila bercakap tentang telefon gaming, pasti ramai gamer sudah tahu yang peranti seperti ini hanyalah mampu lihat sahaja.

Ini kerana, kebiasaannya ia dijual sekitar RM1500 dan ke atas sahaja. Untuk bajet bawah RM1000 amat jarang kita dapat. Apatah lagi bawah RM500. Sekiranya ada sekali pun, spesifikasinya biasa-biasa sahaja.

Disebabkan itu, TECNO Malaysia tampil dengan penawaran terbaru, iaitu TECNO Spark 20. Ia merupakan telefon gaming mampu dimiliki kerana ia dijual pada harga bawah RM500.

Nak tahu apa yang menarik, teruskan membaca.

Storan Besar, RAM Banyak




Salah satu faktor utama dalam peranti gaming semestinya storan yang besar. Ini kerana saiz permainan mudah alih sekarang semakin besar.

Jika ada storan yang banyak, tak perlu lagi nyahpasang (uninstall) aplikasi atau permainan lain sekiranya mahu kemas kini atau pasang aplikasi baharu.

Malah, dengan bajet sebegini, jarang sekali kita dapat peranti dengan storan besar tetapi TECNO Spark 20 hadir dengan storan 256GB.

Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan memori sebanyak 16GB yang mana 8GB+8GB extended. 

Ia sekali gus memudahkan anda sekiranya memerlukan memori ekstra.

Boleh Main Game Dengan Lancar




TECNO Spark 20 dikuasakan cip MediaTek Helio G85. Cip ini sememangnya dipasarkan sebagai cip yang sesuai untuk gaming.

Helio G85 juga telah dinaikkan kelajuan CPU dan GPU yang secara tidak langsung memberikan pengalaman gaming yang lebih lancar.

Oleh itu, bagi gamer yang mahukan sebuah peranti permulaan yang boleh memainkan permainan arus perdana, telefon ini memang sudah memadai bagi anda.

Bateri Cukup Besar Untuk Gaming




Selain ruang storan yang besar dan memori yang banyak, kapasiti bateri juga memainkan peranan dalam sesebuah peranti gaming.

TECNO Spark 20 dibekalkan bateri sebesar 5000mAh dengan pengecasan 18W. Dengan ini, anda tidak perlu risau lagi jika kehilangan kuasa ketika bermain game.

Lensa Swafoto Pun Cantik




Walaupun peranti ini lebih memfokuskan gaming, ia tidak meninggalkan bab kamera. 

TECNO Spark 20 mempunyai lensa swafoto 32MP dengan ciri glowing selfie (3 mod cahaya) serta AI portrait repair algorithm dan dual colour temperature flash.

Tujuannya ada untuk mengawal kesan cahaya kepada wajah anda agar memberikan hasil gambar yang lebih baik.

Peranti Permulaan Lengkap, Harga Mampu Milik




TECNO Spark 20 memang sebuah peranti permulaan tetapi spesifikasi yang ditawarkannya lengkap. 

Selain spesifikasi di atas, ia juga hadir dengan pembesar suara stereo, skrin 6.56 inci berkadar segar semula 90Hz dengan ciri Dynamic Port, kamera belakang 50MP, USB-C, NFC, menjalankan Android 13 dan penarafan kalis air dan debu IP53.

Walau bagaimanapun, ia dijual pada tanda harga RM499 sahaja. Dengan ini, jarang untuk kita dapat peranti permulaan mampu milik tetapi spesifikasi berbaloi.

Jadi, sekiranya anda berminat, anda boleh terus dapatkan TECNO Spark 20 melalui pengedar yang sah atau gedung dalam talian di Shopee, Lazada dan TikTok.

*Artikel ini dibawakan oleh TECNO Malaysia