Xiaomi Berkongsi Rupa Paras Mi 10 - Akan Guna Paparan Melengkung

Sebelum ini Xiaomi telah sahkan pelancaran Mi 10 dan Mi 10 Pro. Hari ini juga jenama tersebut telah berkongsi satu poster rasmi peranti berkenaan.

Seperti yang boleh dilihat, peranti akan mempunyai rekaan kamera berlubang di bahagian kiri atas skrinnya. Paparan peranti juga dikelilingi bezel yang sangat nipis menampakkan sisi premium peranti. Diperhatikan dengan lebih dekat, terdapat pembesar suara halus di bahagian atas skrin. Namun masih menjadi tanda tanya bahawa peranti akan mempunyai pembesar suara stereo atau tidak.



Bahagian sisi peranti menampakkan lengkungan paparan. Jika anda peminat skrin rata, ini mungkin akan mengecewakan anda. Di bahagian belakang, terdapat 4 kamera yang diletakkan secara menegak. Kamera utama pula dikatakan 108MP dari Samsung.

Untuk Xiaomi Mi 10 Pro, ia tidak dipamerkan dalam poster kerana ia menggunakan 5 lensa berbanding 4 pada Mi 10. Melalui poster juga, kita dapat melihat tarikh 13 Februari iaitu pelancarannya di China secara atas talian. Untuk peringkat global pula, kita perlu menunggu sehingga 23 Februari ini di pada acara MWC 2020.

Sumber: Gizmochina

Berkaitan