Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-03-07T140811.391

Xiaomi 14 Ultra Turut Hadir Dengan Harga RM5199

Diterbitkan Mac 7, 2024 · Dikemas kini Mac 7, 2024 oleh Muhd Idham

Selepas Xiaomi 14, kini turut hadir bersamanya ke pasaran Malaysia adalah Xiaomi 14 Ultra yang menawarkan spesifikasi yang lebih kurang sama dengan reka bentuk flagship dan prestasi yang lebih baik.

Screenshot 2024-03-07 142356

Dengan penguasaan cip yang sama iaitu Snapdragon 8 Gen-3, telefon ini juga digandingkan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan 512GB storan UFS 4.0.

Selain itu, ia juga menjalankan sistem operasi HyperOS dengan sokongan sistem penyejukan dwi-saluran IceLoop.

Skrinnya pula adalah jenis AMOLED 6.73 inci dengan resolusi WQHD+, kadar segar semula 1-120Hz dan teknologi AdaptiveSync Pro.

Untuk bab kamera pula, Xiaomi 14 Ultra ini lengkap kamera jenis LEICA VARIO yang terdiri daripada 50MP utama, 50MP telefoto, 50MP periskop, 50MP ultra lebar dan 32MP swafoto.

Baterinya pula hadir dengan kapasiti 5,000mAh dan pengecasan berwayar 90W dan wayarles 80W.

Ciri-ciri lain yang menonjol adalah pembesar suara stereo Dolby Atmos, rangkaian Wi-Fi 7, penarafan IP68, dwi-SIM, Bluetooth 5.4 dan pemancar infra merah (IR Blaster).

Untuk ketersediaan, Xiaomi 14 Ultra hadir dalam dua pilihan warna, hitam dan puith pada harga RM5,199 dengan ganjaran boleh dimiliki dari 8 Mac hingga 21 Mac 2024 iaitu:

  • Xiaomi 14 Ultra Photography Kit bernilai RM799
  • Xiaomi 80W Adaptive Wireless Charging Stand bernilai RM599
  • 6 bulan langganan Google One dan 100GB storan awan
  • 2 tahun jaminan
  • Gantian skrin percuma dalam tempoh 6 bulan pembelian

Beli Xiaomi 14 Ultra di:

Shopee – https://invl.io/clktv62

Lazada – https://invol.co/clktv65

Berkaitan

  • Ookla Perkenalkan 'Status Rangkaian' Pada Aplikasi Speedtest
  • Waktu Semenanjung Malaysia Tidak Dianjak Daripada GMT+8 kepada GMT+7
  • Xiaomi 14 - Snapdragon 8 Gen 3, Kamera LEICA, Bermula RM3,499
  • Ghost of Tsushima Director's Cut Akan Tiba Di PC Mei Ini

Sumber: Siaran Media Xiaomi Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY