Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-03-07T102923.428

Xiaomi 14 – Snapdragon 8 Gen 3, Kamera LEICA, Bermula RM3,499

Diterbitkan Mac 7, 2024 · Dikemas kini Mac 7, 2024 oleh Muhd Idham

Hari ini, Xiaomi Malaysia telah merasmikan kemasukan peranti terbaru mereka iaitu Xiaomi 14 untuk pasaran Malaysia dengan gandingan cip Snapdragon 8 Gen 3 dan teknologi kamera LEICA.

Xiaomi 14 – Snapdragon 8 Gen 3, Kamera LEICA, Bermula RM3,499

Selain daripada penguasaan cip Snapdragon yang paling terkini, telefon ini juga disokong oleh memori 12GB RAM LPDDR5X serta pilihan storan 256GB dan 512GB storan UFS 4.0.

Selain itu, ia juga menjalankan sistem operasi HyperOS yang berasaskan Android 14.

Paparan yang digunakan pula adalah jenis AMOLED bersaiz 6.36 inci dengan resolusi 2670 x 1200 dan kadar segar semula 1-120Hz.

Seperti yang dinyatakan, kamera Xiaomi 14 ini dikuasakan oleh teknologi LEICA VARIO yang terdiri daripada 50MP kamera utama, 50MP kamera ultra lebar, 50MP kamera telefoto dan 32MP kamera swafoto.

Tambahan lagi, ia juga dilengkapi dengan ciri ‘AI’ bagi tujuan menyunting gambar dalam bahagian Gallery Photo.

Xiaomi 14 – Snapdragon 8 Gen 3, Kamera LEICA, Bermula RM3,499

Baterinya pula berkapasiti 4,610mAh dan disokong oleh pengecasan pantas 90W berwayar dan 50W wayarles.

Lain-lain adalah seperti rangkaian Wi-Fi 7, penarafan IP68, dwi-SIM, Bluetooth 5.4, pembesar suara stereo Dolby Atmos dan pemancar infra merah (IR Blaster).

Ditawarkan dengan 3 pilihan warna (black, white dan jade green), ia dijual pada harga seperti di bawah:

  • 12GB RAM + 256GB = RM3,499
  • 12GB RAM + 512GB = RM3,799

Tambahan pula, setiap pembelian Xiaomi 14 akan disediakan sekali dengan beberapa ganjaran sepanjang tarikh 8 Mac hingga 21 Mac 2024 seperti:

  • Xiaomi Watch S3 bernilai RM699
  • 6 bulan langganan Google One dan 100GB storan awan
  • 2 tahun jaminan
  • Gantian skrin percuma dalam tempoh 6 bulan selepas pembelian

Beli Xiaomi 14 di:

Shopee – https://invl.io/clktv62

Lazada – https://invol.co/clktv65

Berkaitan

  • PS5 - Genshin Impact 'Gift Bundle' Tiba 10 April 2024, Ini Yang Ditawarkan
  • Waktu Semenanjung Malaysia Tidak Dianjak Daripada GMT+8 kepada GMT+7
  • Forerunner 165, Jam Pintar Garmin Mampu Milik Berharga RM1,290
  • TIDAL Umum Pelan Baharu, Lebih Murah Boleh Akses Semua Ciri Premium

Sumber: Siaran Media Xiaomi Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY