Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi 12 Snapdragon 895

Dalam Tempoh 3 Tahun, Xiaomi Sasar Untuk Kalahkan Apple Dan Samsung

Diterbitkan November 5, 2021 oleh Amsyar Latif

Berdasarkan kenyataan terbaru daripada Timbalan Presiden Xiaomi Lu Weibing, mereka kini menyasarkan untuk menjadi pengeluar telefon pintar nombor 1 terbesar dunia dalam tempoh 3 tahun dari sekarang.

Dengan ini, secara tidak langsung Xiaomi mahu mengalahkan Apple dan juga Samsung pada masa hadapan.

Oleh itu, untuk memastikan misi ini berjaya, Xiaomi perlu meningkatkan jumlah kedai fizikal dan berharap mampu mencapai 30000 kedai di China dalam tempoh itu.

Tambahan lagi, Xiaomi masih kekurangan kedai luar talian (fizikal) baik di negara sendiri mahupun global. Jauh sekali hendak dibandingkan dengan syarikat dibawah naungan BBK Electronics seperti OPPO dan vivo.

Sekiranya Xiaomi bersungguh-sungguh, tidak mustahil perkara ini mampu dicapai kerana tahun ini juga dapat dilihat mereka betul-betul mahu menjadi pengeluar nombor satu seperti pelancaran dua telefon Redmi, Xiaomi Civi dan banyak lagi.

Sumber: gizmochina

Baca juga:

  • Xiaomi Dipintas Apple Semula Dalam Pengeluar Telefon Terbesar Dunia

  • Xiaomi Pintas Apple Dalam Menjadi Pengeluar Telefon Kedua Terbesar Dunia

  • Xiaomi Dinobatkan Jenama Telefon Pintar Nombor Satu Di Malaysia Setakat Suku Pertama 2021

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY