Xiaomi 12 Terima Pengesahan TDRA, Pelancaran Global Sudah Semakin Hampir

Siri Xiaomi 12 telah dilancarkan pada 29 Disember tahun lepas dan kami juga ada melaporkan ura-ura yang mengatakan ia akan dilancarkan secara global pada akhir bulan Februari atau awal bulan Mac. Jika kita mengikut ura-ura ini, kita sudah berada dalam tempoh pelancaran global seperti yang dikatakan.

Setelah hampir 2 bulan menunggu, kini terdapat laporan bahawa siri Xiaomi 12 kini telah menerima pengesahan daripada Telecommunications and Digital Government Regulatory Authority (TDRA) menunjukkan bahawa peranti ini sudah semakin hampir dengan pelancaran global.

Berdasarkan tangkap layar dari pengkalan data TDRA, kita dapat melihat 2 model sahaja iaitu Xiaomi 12 dan 12 Pro. Buat masa ini, masih tiada lagi penampakan Xiaomi 12X. Walau bagaimanapun, berkemungkinan Xiaomi 12X ini akan dilancarkan sekali bersama Xiaomi 12 dan 12 Pro.



Disamping penerimaan pengesahan TDRA, terdapat juga laporan yang melaporkan harga jualan dan varian yang bakal dilancarkan. Bermula dengan Xiaomi 12X, ia akan didatangkan dengan 2 varian iaitu 8GB RAM+128GB/256GB storan dengan harga antara 600EUR hingga 700EUR.

Bagi model Xiaomi 12 pula ia didatangkan dengan 2 varian yang sama dengan 12X iaitu 8GB RAM+128GB/256GB dengan harga jualan dalam lingkungan 800EUR hingga 900EUR.

Xiaomi 12 Pro seperti yang dijangkakan harganya lebih mahal iaitu antara 1,000EUR hingga 1,200EUR. Juga didatangkan dengan 2 varian iaitu 8GB RAM+258GB storan dan 12GB RAM+256GB storan.



Ingin diingatkan ini hanya khabar angin mengenai varian dan harga jualan siri ini. Untuk tahu varian dan harga jualan rasmi kita perlu tunggu hari pelancarannya tidak lama lagi. Ini adalah pautan ke artikel spesifikasi lanjut Xiaomi 12, 12 Pro dan 12X.

Sumber: GizmoChina

Baca juga: