Acara Mobile World Congress (MWC) 2022 akan diadakan tidak lama lagi iaitu pada 28 Februari ini. Ia merupakan acara penting kerana ketika ini syarikat telefon pintar akan mengambil peluang untuk menjaja teknologi mereka.
realme juga tidak terlepas untuk mengikuti acara ini. Dengan itu, realme akan memperkenalkan teknologi pengecasan pantas mereka yang didakwa terpantas di dunia.
Buat masa ini, realme hanya menggunakan pengecasan pantas 65W pada peranti andalan mereka iaitu realme GT 2 dan GT 2 Pro. Walaupun mereka mempunyai teknologi pengecasan pantas 125W UltraDART, malangnya kita tidak dapat lihat realme menerapkan fungsi ini pada peranti mereka.
Untuk makluman, dengan teknologi pengecasan pantas 125W UltraDART realme, ia masih tidak boleh menandingi Xiaomi yang telah mempunyai pengecasan pantas 200W. Dengan pengecasan ini, Xiaomi mampu mengecas penuh bateri 4,000mAh dengan mengambil masa 8 minit sahaja.
Menurut Digital Chat Station, realme bakal memperkenalkan pengecasan 150W yang merupakan penjenamaan semula teknologi pengecasan pantas 160W OPPO. Seperti yang anda tahu, kedua-dua syarikat ini di bawah pecahan syarikat yang sama dan saling berkongsi teknologi.
Walaupun dengan 150W, ia masih lagi tidak mampu menandingi teknologi pengecasan pantas 200W Xiaomi. Mungkin juga, dengan pengecasan 150W ini, realme temui cara yang mampu menandingi pengecasan 200W Xiaomi? Apa-apa pun kita nantikan sahaja acara MWC nanti.
Sumber: GizChina
Baca juga: