Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Xiaomi 12 Bakal Tiba Di Malaysia 15 Mac, Harga Mungkin Buat Pening

Posted on Mac 9, 2022

Sebelum ini, kami ada menulis bahawa Xiaomi 12 akan dilancarkan secara global pada 15 Mac ini selepas peranti tersebut menerima pengesahan daripada TDRA. Kini Xiaomi telah mengesahkan tarikh pelancaran global peranti ini adalah benar.

Peranti ini mungkin ditunggu ramai kerana spesifikasi yang ditawarkan pada peranti ini agak menarik seperti lensa kamera dari Sony dan dikuasakan dengan Snapdragon 8 Gen 1.

Di Malaysia pun, Xiaomi telah mengesahkan kehadiran peranti ini yang akan dilancarkan pada hari yang sama jam 8 malam di Facebook Xiaomi Malaysia. Jadi anda boleh mengikuti siaran langsung Xiaomi 12 ini nanti.

Selain itu, dikhabarkan harga untuk pasaran global akan lebih mahal daripada pasaran China. Untuk Xiaomi 12 ia akan dijual dengan harga 899EUR (~RM4104) dan Xiaomi 12 Pro pula dengan harga 1099EUR (~RM5017).

Jika dibandingkan, harga Xiaomi 12 dipasaran China hanyalah CNY3699 (~RM2450) dan CNY4699 (~RM3112) untuk Xiaomi 12 Pro.

Mungkin harga Xiaomi 12 di Malaysia akan sedikit murah berbanding dengan harga di pasaran Eropah. Apa-apa pun, kita nantikan sahaja hari pelancaranya nanti.

Sumber: FB Xiaomi Malaysia

Baca juga:

  • Dakwa Peranti Galaxy S22 Ditempah Masih Belum Diterima Sehingga Kini, Laman FB Samsung Diserang Pengguna
  • iPad Air Dikuasakan Cip M1 Dijual Dengan Harga RM2699 Bermula 18 Mac 2022
  • Apple iPhone SE Dijana Bionic A15, Sokong 5G Dan Dijual Serendah RM2,099 Untuk 64GB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress