Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

15 Mac Ini Mungkin Siri Xiaomi 12 Dilancar Buat Pasaran Global

Posted on Mac 1, 2022Mac 1, 2022

Xiaomi tidak melibatkan diri dalam acara MWC 2022 tetapi syarikat tersebut telah menghantar POCO, wakil sub-syarikat mereka dan telah melancarkan 2 peranti baharu.

Walaupun tidak terlibat dengan MWC, ura-ura mengenai peranti andalan Xiaomi iaitu Xiaomi 12 ini masih kedengaran. Terbaharu, siri Xiaomi 12 dilaporkan akan memasuki pasaran Eropah dan India pada 15 Mac. 

Sebelum ini, kami ada melaporkan bahawa Xiaomi 12 ini sudah menerima pengesahan TDRA yang menandakan peranti ini akan memasuki pasaran global tidak lama lagi.

Menurut Android Planet, perkara ini telah disahkan berikutan dengan pelbagai sumber mengenai peranti ini. Pada 15 Mac itu juga nanti, Xiaomi akan membuat pelancaran secara dalam talian sahaja.

Xiaomi telah memilih cogan kata “Master Every Scene” kerana seperti yang kita tahu, Xiaomi 12 ini memfokuskan kepada kemampuan fotografinya.

Untuk mengetahui spesifikasi lanjut Xiaomi 12, 12 Pro dan 12X, anda boleh klik saja pada pautan yang tersedia.

Sumber: Android Planet

Baca juga:

  • Xiaomi 12 Terima Pengesahan TDRA, Pelancaran Global Sudah Semakin Hampir
  • POCO M4 Pro Dan X4 Pro 5G Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM899
  • Selamat Tinggal, Samsung Sahkan Tiada Lagi Siri Note Dilancarkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress