Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung galaxy s22

Dakwa Peranti Galaxy S22 Ditempah Masih Belum Diterima Sehingga Kini, Laman FB Samsung Diserang Pengguna

Diterbitkan Mac 8, 2022 · Dikemas kini Mac 8, 2022 oleh ariff bukhari

Laman Facebook Samsung hari ini diserang sebahagian pengguna yang mendakwa telah membuat pra tempah telefon pintar Samsung Galaxy S22 tetapi masih belum menerimanya sehingga ke hari ini.

Salah seorang pengguna mendakwa, beliau sudah membuat tempahan ke atas Galaxy S22 sejak Februari lalu.

Tetapi sehingga kini dakwa pengguna itu, status tempahan peranti itu hanyalah masih dalam proses sahaja sehingga ke hari ini. Walhal tarikh menerima peranti itu sepatutnya pada 4 Mac lepas.

Screenshot 2022-03-08 at 9.38.19 PM
Kredit: FB Samsung

Pihak Wiser telah pun menghubungi pihak Samsung dan masih menunggu bagi mendapatkan penjelasan rasmi mereka.

Samung telah pun membuka tempahan untuk Galaxy S22 bermula dari 10 Februari 2022 lalu.

Samsung Malaysia menawarkan beberapa tawaran istimewa kepada mereka yang membuat tempahan awal untuk Galaxy S22 antaranya adalah diskaun sehingga RM200 untuk program Samsung Trade-In melalui aplikasi InstaCash.

Samsung juga menawarkan penjimatan sebanyak 30% untuk Samsung Care+ dan pemberian eVoucher sebanyak RM800 untuk pembelian barangan seterusnya.

Baca juga:

  • Samsung Galaxy S22 Ultra Bermula RM5,099 – 6.8″ AMOLED QHD, Kamera 108MP, S-Pen Terbina
  • Samsung Sahkan Beri Kemas Kini Android Selama 4 Tahun Untuk Siri Galaxy Andalan Mereka
  • Bukan Cip Exynos , Semua Model Dalam Siri Galaxy S22 Dan Galaxy Tab S8 Hadir Dengan Snapdragon 8 Gen 1

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY