Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xbox, microsoft gaming

Xbox Rancang Bawa COD, WoW Dan Overwatch Ke Xbox Games Pass

Diterbitkan September 2, 2022 · Dikemas kini September 2, 2022 oleh Firdaus

CEO Microsoft Gaming (Xbox), Phil Spencer telah mengesahkan rancangan beliau untuk membawa masuk Call of Duty, World of Warcraft, Overwatch, Diablo dan banyak lagi ke Xbox Game Pass pada masa akan datang.

CoD Modern Warfare 2019
CoD Modern Warfare 2019

Kata beliau:

“Game Pass memperkasakan pembangun untuk membawa lebih banyak permainan kepada lebih ramai pemain, bukan lebih sedikit. Kami berhasrat untuk menjadikan Activision Blizzard sebagai pusat permainan yang sangat digemari – termasuk Overwatch, Diablo dan Call of Duty – tersedia dalam Game Pass dan untuk mengembangkan komuniti permainan tersebut.”

Selain itu, Phil Spencer menyatakan bahawa itu adalah perancangan Microsoft apabila perjanjian pembelian Microsoft ke atas Activision dan Blizzard dimeteraikan.

Berkaitan

  • Assassin's Creed Baharu Bakal Hadir, Akan Diumum Minggu Depan
  • Nokia Perkenal Dua Telefon 5G Baharu, Bermula ~RM1,430
  • AS Dilapor Mengarahkan Nvidia, AMD Hentikan Jualan Cip AI Termaju Kepada China Dan Rusia
  • China Dilanda Gelombang Haba Terburuk Dalam Tempoh 60 Tahun
  • Samsung Umum Monitor OLED Pertama, Umpama TV Dalam Bentuk Monitor

Untuk pengetahuan pembaca, perjanjian pembelian Microsoft ke atas Activision dan Blizzard itu bernilai USD68.7 billion (~RM308.15 bilion).

Selain kedua-dua pembangun games tersebut, Microsoft Gaming juga mempunyai pemilikan ke atas King Digital Entertaiment.

Tapi sayang sekali kerana perjanjian pembelian tersebut berkemungkinan besar akan selesai pada bulan Jun tahun 2023 depan.

Sumber: Microsoft Blogs

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY