Sekatan itu menyekat China daripada mengakses cip pemprosesan GPU berprestasi tinggi Nvidia dan AMD.
Nvidia mengesahkan keperluan lesen baru itu menerusi Borang 8-K yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa yang berkuat kuasa serta merta.
Nvidia memaklumkan, sekatan itu meliputi penjualan cip GPU Nvidia A100 dan A100X sedia ada, DGX Systems serta cip H100 yang akan datang.
Di pihak AMD pula, ia akan memberi kesan terhadap siri cip M1200 serta cip keluaran akan datang jika ia sama atau melepasi prestasi puncak silikon semasa dan prestasi cip-ke-cip I/O.
Punca kepada sekatan baru itu dibuat kerana ia berkaitan dengan keselamatan negara dan kepentingan dasar luar negeri dengan Jabatan Perdagangan AS.
{suggest}
Jabatan itu menyatakan, matlamatnya adalah untuk mencegah "pemerolehan dan penggunaan teknologi AS oleh China dalam konteks program gabungan tentera-awam untuk mendorong usaha pemodenan ketenteraannya, menjalankan penyalahgunaan hak asasi manusia dan aktiviti mencurigakan yang lain."
Ekoran itu, China kini bertindak menentang sekatan yang dibuat ke atas mereka itu.
"AS terus menyalahgunakan langkah kawalan eksport untuk menyekat eksport barangan berkaitan semikonduktor ke China yang ditentang tegas oleh China," Jurucakap Kementerian Perdagangan China dalam satu kenyataan media.
Sumber: Reuters, Reuters 2, Inline XBRL Viewer (sec.gov)
Berkaitan
- China Telah Meningkatkan Kelajuan Jalur Lebar Tetap Mereka Kepada 1000Mbps
- Trump Mahu Amerika Melombong Sumber Mineral Bulan
- Pelajar Redah 5KM Ke Puncak Bukit Demi PdPR Dapat Perhatian SKMM Dan Syarikat Telekomunikasi
- 6 Judul Permainan Popular Dari Blizzard Ini Tidak Lagi Ditawarkan Di China Tahun Depan
- Apple Dinobat Sebagai Syarikat Paling Dikagumi Di Dunia
- HONOR Jadi Jenama Pilihan Di China Bagi Suku Ke-4 2021
- Isu Keselamatan Menjadi Punca Tentera Amerika Tidak Lagi Menggunakan Dron DJI
- China Meluluskan Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi Paling Ketat Di Dunia
- Syarikat Singapura Bangunkan Storan SSD Dengan Teknologi AI Pertama Di Dunia
- Laman MITI Untuk Permohonan Syarikat Beroperasi Ketika PKP Tergendala