Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Umum Monitor OLED Pertama, Umpama TV Dalam Bentuk Monitor

Samsung Umum Monitor OLED Pertama, Umpama TV Dalam Bentuk Monitor

Diterbitkan September 2, 2022 · Dikemas kini September 2, 2022 oleh Firdaus

Samsung telah melancarkan monitor gaming OLED pertama mereka yang kendiri tanpa memerlukan sebarang sambungan platform PC atau konsol padanya.

Samsung Umum Monitor OLED Pertama, Umpama TV Dalam Bentuk Monitor

Hal ini demikian kerana monitor Odyssey OLED G8 ini menyediakan perkhidmatan penstriman games seperti Google Stadia, Xbox Game Pass dan Nvidia GeForce Now.

Berkaitan

  • Asus Zenbook 17 Fold OLED, 'Laptop' Dengan Skrin Boleh Lipat Pada Harga RM14,999
  • Sony Beli 'Savage Game Studios', Mahu Bangunkan 'Game' Eksklusif Untuk Telefon Pintar
  • Logitech Dan Tencent Dilapor Bekerjasama Bangunkan Konsol Mudah Alih Android
  • Sony Dan Tencent Melabur Lagi Ke Atas Pembangun Elder Ring
  • 5 TV Toshiba Baharu Kini Di Pasaran Malaysia, Harga Permulaan RM999
  • AS Dilapor Mengarahkan Nvidia, AMD Hentikan Jualan Cip AI Termaju Kepada China Dan Rusia

Tambahan lagi, monitor ini turut hadir dengan Samsung TV Plus untuk sokongan perkhidmatan penstriman filem seperti Amazon Prime, Netflix dan lain-lain.

Samsung Odyssey OLED G8 datang dalam skrin bersaiz 34 inci dengan lengkungan 1800R.

Di samping itu, monitor ini mempunyai resolusi skrin 3,440 x 1,440 yang mampu menyokong kadar segar semula 175Hz.

Samsung Umum Monitor OLED Pertama, Umpama TV Dalam Bentuk Monitor

Selain sokongan port Micro HDMI 2.1, Mini DisplayPort 1.4, dan USB-C, monitor ini mempunyai pembesar suara stereo 5W tersedia dan sokongan AMD FreeSync Premium.

Buat masa sekarang, Samsung tidak mendedahkan harga jualannya lagi tetapi bakal tersedia pada suku keempat tahun 2022.

Sumber: Samsung

Gambar utama: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • NVIDIA Tidak Berhasrat Lantik Semula Jensen Huang Sebagai CEO
  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
©2026 WISER.MY