Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Keluarga Xbox Makin Besar, Microsoft Beli Activision Blizzard

Keluarga Xbox Makin Besar, Microsoft Beli Activision Blizzard

Diterbitkan Januari 19, 2022 oleh Amsyar Latif

Minggu lalu, Take-Two membuat kejutan dengan membeli syarikat pembangun FarmVille – Zynga yang bernilai sekitar RM53 bilion.

Terbaru, satu lagi kejutan buat dunia apabila Microsoft mengumumkan pengambil-alihan Activision Blizzard. Dikatakan nilai pembelian adalah tertinggi dalam sejarah industri permainan video di mana bernilai USD68.7 bilion (~RM287 bilion).

Sekiranya anda tidak mengenali siapa Activision, mereka “bertanggungjawab” bagi permainan seperti Warcraft, Diablo, Overwatch, Call of Duty dan Candy Crush.

Menerusi pembelian ini juga, keluarga Xbox kini semakin pembesar. Hal ini kerana francais permainan video seperti World of Warcraft, Overwatch, Starcraft, Tony Hawk, Guitar Hero, Crash Bandicoot, StarCraft, Hearthstone dan banyak lagi berada di bawah nama Xbox.

Tambahan lagi, perkara tersebut turut memberi kelebihan buat Xbox Game Pass kerana lebih banyak permainan video akan ditawarkan. Buat masa sekarang, Microsoft menyatakan sebanyak 25 juta pengguna yang sudah melanggan Xbox Game Pass.

Sumber: Microsoft

Baca juga:

  • Exynos 2200 Akhirnya Diumum, Grafik Setaraf Konsol Kini Di Telefon

  • BlackBerry 5G Dengan “Keyboard” Fizikal Dilapor Akan Dilancar Tahun Ini

  • Harga Asal RM4999, Laptop Huawei Ini Boleh Dimiliki Serendah RM2999 Pada 1 Hari Sahaja

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY