Beberapa hari lalu, Microsoft telah melepaskan kemaskini tampalan untuk membaiki kelemahan yang dikatakan mampu disebarkan penggodam tanpa perlu sebarang tindakan daripada pengguna, mirip seperti WannaCry.
Menerusi pemberitahuan daripada Microsoft, penggodam mampu memasang program seterusnya melihat, mengubah atau memadam data atau mencipta akaun baru dengan akses penuh.
Versi Windows yang terlibat adalah Windows 7 SP1, Windows Server 2008 R2 SP1, Windows Server 2012, Windows 8.1, Windows Server 2012 R2, dan semua versi Windows 10.
Sementara itu, Microsoft menyatakan Windows XP, Windows Server 2003, dan Windows Server 2008 tidak terkesan dengan isu kelemahan ini.
Sekiranya anda menggunakan salah satu versi yang disebutkan diatas, bolehlah menyemak serta mengemaskini komputer anda dengan pergi ke butang Start > Options > Update & Security > Windows Update dan klik butang Check for Updates.
Sumber: Microsoft, Pc World
Berkaitan
- MSI GE 66 Raider Edisi Assassin's Creed Valhalla Boleh Dibeli Bermula 10 November
- Spesifikasi Snapdragon 670, 640, Dan 460 Tertiris
- Senarai Potongan Harga Dan Hadiah Percuma Dari Xiaomi Sempena Promosi 7.7
- Ini Mungkin Spesifikasi Untuk Nokia 7 Plus
- Xiaomi Mi CC9 Pro Kini Rasmi Diperkenalkan, Kamera 108MP Dan Bateri 5260mAh
- iPad 9.7 Inci Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia, Harga Bermula Dari RM1549
- Qualcomm Menyatakan Telefon Pintar Dengan Kamera 64MP Dan 100MP+ Mungkin Hadir Penghujung Tahun Ini
- ASUS Malaysia Tawar Diskaun RM1000 Untuk ROG Phone Pada Hari Ini
- Unifi 100Mbps Tetap Kekal Pada Harga RM129 Selepas Tempoh 2 Tahun
- Potongan Harga Sebanyak RM100 Diberikan Kepada Nokia 3 Dan Nokia 5