Salah satu bahagian yang menjadi faktor penarik pembeli adalah tetapan kamera. Model dengan bilangan lensa melebihi satu sudah menjadi perkara normal didalam pasaran.
Untuk pengetahuan anda juga, Qualcomm sebelum ini ada mengemaskini spesifikasi cip mereka yang memperlihatkan sokongan sensor kamera sehingga 192MP untuk versi Snapdragon 660, 670, 675, 710, 845 dan 855.
Sokongan ini telah lama tersedia tetapi tidak diwar-warkan kerana resolusi tinggi tidak menyokong 30fps atau 60fps, dan multi-frame noise reduction (MFNR) serta Zero Shutter Lag (ZSL).
Namun, oleh kerana pengeluar sudah mula melengkapkan telefon pintar dengan sensor resolusi tinggi yang dikuasakan dengan cip Snapdragon, Qualcomm mengambil keputusan untuk mengemaskini maklumat spesifikasi mereka.
Menurut Pengarah Kanan Pengurusan Produk Qualcomm, Judd Heape memberitahu kepada laman MySmartPrice, beberapa pengeluar sudah mula membangunkan peranti dengan sensor 64MP dan 100MP+.
Walaupun tidak menyatakan secara spesifik nama-nama pengeluar terbabit, ia menggambarkan peranti-peranti dilengkapi dengan sensor besar itu berkemungkinan hadir sekitar hujung tahun ini.
Selain itu, cip seterusnya daripada Qualcomm ini juga akan mengimplementasikan piawaian HDR10+ sendiri. Ketika ini piawaian HDR10+ yang digunakan dibangunkan oleh Samsung dan Amazon pada 2017.
Judd memanggil cip itu sebagai Snapdragon 865 tetapi nama tersebut masih belum rasmi dan mungkin boleh berubah.
Sumber: Android Headlines dan 9t05Google
Berkaitan
- Qualcomm Perkenal Snapdragon 636, Menjanjikan 40% Lebih Prestasi
- Apple Siarkan 4 Video Bandingkan "Telefon Anda Dan iPhone"
- Sensor Qualcomm 3D Sonic Max Mampu Imbas Dua Jap Jari Serentak
- Kenali Saiz-Saiz Kad SIM Untuk Peranti Pintar Anda
- Mod Potret Google Ditawarkan Kepada Lebih Banyak Telefon Pintar Android
- Xiaomi Mi Mix 4 Rasmi Diperkenalkan, Telefon Pertama Xiaomi Dengan Kamera Bawah Paparan
- Telefon Pintar Lenovo Legion Akan Diperkenalkan Julai Ini
- Perancis Haramkan Penggunaan Telefon Pintar Di Sekolah
- Bercadang Untuk Beli Telefon Pintar Terpakai? Perhatikan Bahagian Peranti Ini Sebelum Membelinya
- Laporan Counterpoint: Huawei Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Bagi Bulan Mei