MSI GE 66 Raider Edisi Assassin's Creed Valhalla Boleh Dibeli Bermula 10 November

MSI Malaysia hari ini mengumumkan bahawa komputer riba MSI GE66 Raider edisi Assasin's Creed Valhalla akan ditawarkan secara rasmi di Malaysia bermula esok, 10 November.



Melihat kepada spesifikasi, edisi ini hadir dengan panel berukuran 15.6 inci FHD dengan kadar segar semula 240Hz. Komponen dalamannya pula terdiri daripada cip Intel i7-10875H bersama-sama SSD 1TB NVMe PCIe.



RAM DDR4 pula berkapasiti 16GB sementara bahagian grafik digalas oleh Nvidia GeForce RTX 2070. Dari segi sambungan, ia menyokong WiFi 6 dan Bluetooth 5.1.

Bahagian sisi komputer dilengkapkan dengan 1x RJ45, 1x slot kad SD, 1x HDMI, 1x Mini-DisplayPort, 2x USB-A 3.2 Gen1, 1x USB-A 3.2 Gen2, USB-C 2.3 Gen2/DP dan 1x USB-C 3.2 Gen2x2.

Setiap pembelian MSI MSI GE66 Raider edisi Assassin's Creed Valhalla akan menerima salinan digital Assassin's Creed Valhalla Gold Edition. Pembeli juga turut berpeluang memenangi kerusi permainan MAG CH120.



Komputer riba ini akan dijual pada tanda harga RM9,999 dan ditawarkan secara ekslusif hanya di Lazada (https://invol.co/cl1qlvn).