Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
wiko hd

Wiko Y62 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia Pada Harga RM299

Diterbitkan Februari 25, 2021 oleh Amalina Athman

Wiko kini mengumumkan kehadiran model baharu dalam siri Wiko Y. Merupakan peranti dalam kelas permulaan, model terbaru yang dimaksudkan adalah Wiko Y62.

Wiko Y62 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia Pada Harga RM299

Sebagai peranti kelas permulaan, Wiko Y62 dilengkapi skrin berukuran 6.1 inci dari jenis IPS LCD dengan resolusi HD+ serta nisbah 19:9.

Peranti ini dijana cip pemproses MediaTek Helio A20 bersama gandingan memori 2GB RAM dan 32GB storan dalaman. Ia turut menyokong penambahan storan sehingga 256GB melalui slot kad MicroSD.

Dari segi kamera, ia dilengkapi kamera tunggal di bahagian belakang dengan 8MP utama. Manakala, kamera swafoto pula hadir dengan sensor 5MP.

Untuk janaan kuasa, peranti ini dimuatkan bateri dengan kapasiti 3000mAh melalui pengecasan micro USB. Antara lainnya adalah sokongan Bluetooth 4.2, bicu audio 3.5mm serta menjalankan Android 11 (Go Edition).

Wiko Y62 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia Pada Harga RM299

Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Dark Blue, Light Blue dan Mint. Untuk pasaran Malaysia, Wiko Y62 ditawarkan pada harga RM299 dan sudah tersedia bermula hari ini, 25 Februari 2021.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY