Peranti berkuasa dengan pelbagai ciri menarik pada harga mampu milik.
Wiko, pengeluar telefon pintar dari Perancis telah perkenalkan model terbaru telefon pintar mereka di MWC 2019 pada Februari lalu. Bukan setakat satu, tetapi Wiko telah pertontonkan 2 model terbaru telefon pintar mereka iaitu View3 dan View3 Lite.
Kini berita baik untuk para peminat telefon pintar jenama ini, anda tidak perlu menunggu lama lagi untuk mendapatkan peranti tersebut kerana Wiko telah mengumumkan View3 dan View3 Lite akan mula berada dipasaran Malaysia bermula 11 Jun 2019 ini.
View3
Untuk model utama Wiko View3, ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Mediatek Helio P22 (Octa-Core 2.0 GHz), paparan bersaiz 6.26″ (HD+, 1560 x 720 piksel), 3 kamera berkembar utama (13MP+12MP+2MP, super-wide angle lens) yang mampu mengambil gambar efek bokeh menakjubkan serta dikuasakan oleh sistem operasi Android Pie 9.0.
Selain itu, ia turut dilengkapi dengan RAM berkapasiti 3GB serta bateri berkapasiti 4000mAh sekaligus membolehkan anda menggunakannya sepanjang hari.
View3 Lite
Bagi model View3 Lite pula, ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Unisoc (Octa-Core 1.6GHz), 2GB RAM, skrin HD+ bersaiz 6.09 (1560 x 720 piksel), kamera berkembar utama (13MP+2MP), bateri berkapasiti 4000mAh serta dikuasakan oleh sistem operasi terkini Android Pie 9.0.
Walaubagaimanapun, model View3 dan View3 Lite ini hanya menawarkan pilihan storan 32GB sahaja. Tetapi anda boleh menambah ruang storan tersebut dengan menggunakan kad SD berkapasiti sehingga 128GB (bagi model View3 Lite) dan 256GB (bagi model View3).
Telefon pintar View3 dan View3 Lite ini akan dilancarkan secara eksklusif di laman stor rasmi Wiko di Lazada di mana Wiko menawarkan harga istimewa bagi pembeli awal telefon pintar View3 dari 11 hingga 13 Jun ini serta harga istimewa bagi View3 Lite dari 14 hingga 16 Jun ini eksklusif hanya menerusi laman stor rasmi Wiko di Lazada.