Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Uji Fungsi Layari Web Dan Carian Imej Dalam Aplikasi

WhatsApp Uji Fungsi Layari Web Dan Carian Imej Dalam Aplikasi

Diterbitkan Mac 17, 2019 · Dikemas kini Mac 17, 2019 oleh Helmi Samsuri

Sebagai aplikasi pemesejan paling popular, WhatsApp sentiasa berusaha menampilkan ciri atau fungsi untuk pengguna.

Antara fungsi terbaru yang sedang diuji adalah kebolehan melayari web dari dalam aplikasi WhatsApp. Ini bermakna, apabila pautan web ditekan, paparan web akan terbuka tanpa meninggalkan aplikasi tersebut.

WhatsApp Uji Fungsi Layari Web Dan Carian Imej Dalam Aplikasi

Namun begitu, ciri seperti rekod skrin dan screenshot tidak boleh digunakan pada fungsi ini.

Amaran juga akan diberikan kepada pengguna sekiranya halaman web yang ingin dilawati itu berbahaya.

Satu lagi fungsi yang turut diuji adalah carian imej. Kita ambil contoh, pekerja anda hadir lewat dan menghantar gambar tayar bocor.

Melalui Search Image, gambar tersebut akan dimuat naik ke Google untuk membuat carian, sama ada ia pernah muncul didalam web atau tidak.

search image

Dengan itu, anda boleh memastikan adakah gambar itu benar-benar tulen ataupun telah dimuat turun dari mana-mana laman web.

Kedua-dua fungsi ini sedang menjalani ujian Beta dan tidak boleh dipastikan bila penawaran kepada umum akan dibuat.

Sumber: WABetaInfo 1, 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY