Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Untitled design (51)

WhatsApp Uji Ciri Tag ‘Group Chat’ Dalam Status

Diterbitkan November 22, 2024 oleh Rushsyafizal

WhatsApp kini menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna tag (mention) ‘group chat’ dalam kemas kini status. Ciri ini telah tersedia dalam versi beta terkini aplikasi di Google Play Store untuk pengguna Android.

Sebelum ini, WhatsApp memperkenalkan fungsi tag individu dalam status, dan penambahan ini dilihat sebagai langkah seterusnya untuk memudahkan interaksi.

Dengan menyebut group chat, pengguna boleh memaklumkan keseluruhan kumpulan dalam satu langkah, tanpa perlu menyebut setiap ahli secara individu.

WhatsApp Uji Ciri Tag ‘Group Chat’ Dalam Status

Apabila group chat ditag dalam status, mesej mengenai sebutan itu akan dihantar ke kumpulan perbualan, dan semua ahli akan menerima notifikasi mengenainya, kecuali mereka yang telah mematikan notifikasi kumpulan.

Tambahan pula, status yang ditag kumpulan akan dapat dilihat oleh semua ahli, tanpa mengira tetapan privasi semasa.

Namun, masih belum dipastikan jika ciri ini akan mempunyai had seperti bilangan maksimum ahli kumpulan yang layak untuk ditag atau jumlah kumpulan yang boleh ditag dalam satu status.

Ciri tag group chat dalam status ini dijangka memberikan pengalaman komunikasi lebih cekap, terutama bagi kumpulan besar. Perincian lanjut dijangka didedahkan menjelang pelancaran rasminya.

Berkaitan

  • (Reaksi Awal) HONOR Magic6 Pro, Ada Sesuatu Yang Kurang
  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Mastercard Lancar 'Pay Local', Pembayaran Kad Dengan Dompet Digital Di Asia
  • Apple Dilapor Akan Tingkatkan Pelaburan Kepada $100 Juta Di Indonesia
  • Jaguar Tukar Logo Ikonik, Bakal Tampilkan Barisan EV Baharu

Sumber: wabetainfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY