Khabar angin yang belum dapat dipastikan kesahihannya ini memberitahu bahawa dua ciri yang bakal ditambah pada kemaskini masa hadapan Whatsapp adalah:
- Tukar nombor
- Lokasi sebenar
Ciri 'Tukar Nombor' sudahpun dimasukkan kedalam Whatsapp beta versi 2.17.130 untuk pengguna Windows Phone dan juga Windows 10 Mobile.
Ada yang meramalkan ia bakal dimasukkan ke platform Android tidak lama lagi.
Ciri Tukar Nombor membolehkan pengguna menukar nombor telefon tanpa kehilangan perbualan terdahulu atau data kumpulan.
Anda turut diberi pilihan sama ada untuk memberi notifikasi ataupun tidak kepada senarai kenalan Whatasapp.
@WABetainfo turut mendakwa bahawa ciri Lokasi Sebenar ada dimasukkan kedalam kemaskini Whatsapp Android 2.17.150 versi Beta.
Tidak banyak yang diketahui mengenai ciri ini, tetapi mungkin ia akan mirip seperti ciri yang diperkenalkan oleh Google Maps.
Sumber: WABetainfo
Berkaitan
- Imej Sebenar OPPO R11 Tersebar - Dwi Kamera Pada Bahagian Belakang
- Anda Patut Buang WhatsApp Dari Telefon - Pengasas Telegram
- WhatsApp Untuk iPhone Akan Ditawarkan Dengan Dua Fungsi Baru
- WhatsApp Web Bakal Tampil Dua Ciri Baru - Mod PIP Dan Balas Secara Peribadi
- Telegram Perkenal Ciri Lokasi Masa Sebenar, Pemain Media Serta Sokongan Bahasa Malaysia
- Ini Cara Semak Grup Perbualan WhatsApp Yang Banyak Gunakan Memori Peranti
- Banteras Berita Palsu, WhatsApp Tetapkan Had "Forward Message"
- Ini Mungkin Rekaan Sebenar Telefon Pintar Gaming Huawei Mate 20X
- Dilaporkan 46.2 Juta Nombor Telefon Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Pencerobohan Data
- Instagram Disahkan Punyai Kelemahan Sekuriti Yang Boleh Dedahkan Nombor Telefon Pengguna