Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Imej Sebenar OPPO R11 Tersebar – Dwi Kamera Pada Bahagian Belakang

Posted on April 24, 2017

OPPO bukanlah nama asing lagi di dalam pasaran telefon pintar dunia, lebih-lebih lagi di Malaysia.

Menampilkan barisan artis popular tanah air sebagai duta menjadikan ia sebagai sebuah jenama yang gah.

Tetapi itu bukan alasan untuk OPPO terus diminati pembeli kerana peranti keluaran syarikat itu terkenal dengan kamera yang mampu menghasilkan gambar bermutu tinggi serta pengecasan bateri secara pantas.

Terkini, Gizmochina melaporkan OPPO sedang bersiap sedia dengan model baru, OPPO R11.

R11 dikatakan bakal dilancar di China tidak lama lagi dan ia dikuatkan dengan tersebarnya imej pelakon dan penyayi terkenal China Wang Junkai menjalani pengambaran iklan untuk telefon pintar tersebut.

oppo-r11-photo

oppo-r11-photo-3

OPPO dan Wang Junkai telah lama menjalin kerjasama dan ia bermula sejak model R9 lagi.

Apa yang boleh dipastikan adalah R11 akan dilengkapi dengan dwi kamera pada bahagian belakang dan seakan-akan iPhone 7 Plus.

Turut dinyatakan laman GizmoChina, OPPO bakal menghasilkan 4 versi iaitu:

  1. OPPO R11t,
  2. OPPO R11 Plus,
  3. OPPO R11 Plust, dan
  4. OPPO R11 Plusk

Walaubagaimanapun spesifikasi model-model ini masih belum dinyatakan dan mungkin ia berbeza dari segi kapasiti RAM dan storan dalaman.

Sumber; GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress