Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Whatsapp Mungkin Tambah Ciri Baru Untuk Kemaskini Akan Datang

Whatsapp Mungkin Tambah Ciri Baru Untuk Kemaskini Akan Datang

Diterbitkan April 19, 2017 · Dikemas kini April 19, 2017 oleh Helmi Samsuri

Menurut satu akaun twitter @WABetainfo, Whatsapp mungkin menambah dua ciri baru pada platform pemesejan segera tersebut.

Khabar angin yang belum dapat dipastikan kesahihannya ini memberitahu bahawa dua ciri yang bakal ditambah pada kemaskini masa hadapan Whatsapp adalah:

  1. Tukar nombor
  2. Lokasi sebenar

35fd804111204c2d76cec3f3c65f719e0a41b453-tc-img-preview

whatsapp-posizione-392x400

Ciri ‘Tukar Nombor’ sudahpun dimasukkan kedalam Whatsapp beta versi 2.17.130 untuk pengguna Windows Phone dan juga Windows 10 Mobile.

Ada yang meramalkan ia bakal dimasukkan ke platform Android tidak lama lagi.

Ciri Tukar Nombor membolehkan pengguna menukar nombor telefon  tanpa kehilangan perbualan terdahulu atau data kumpulan.

Anda turut diberi pilihan sama ada untuk memberi notifikasi ataupun tidak kepada senarai kenalan Whatasapp.

@WABetainfo turut mendakwa bahawa ciri Lokasi Sebenar ada dimasukkan kedalam kemaskini Whatsapp Android 2.17.150 versi Beta.

Tidak banyak yang diketahui mengenai ciri ini, tetapi mungkin ia akan mirip seperti ciri yang diperkenalkan oleh Google Maps.

Sumber: WABetainfo

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY