Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Kini Sudah Menyokong Panggilan Video dan Audio Sehingga 8 Orang

WhatsApp Kini Sudah Menyokong Panggilan Video dan Audio Sehingga 8 Orang

Diterbitkan April 30, 2020 · Dikemas kini April 30, 2020 oleh ariff bukhari

Kemas kini aplikasi WhatsApp anda segera.

Kemas kini terbaru aplikasi WhatsApp yang dilepaskan pada awal pagi hari ini telah membolehkan penggunanya membiat panggilan video dan audio sehingga 8 orang.

Ia selepas hampir seminggu Facebook mengumumkannya tentang pelan kemas kini untuk aplikasi tersebut.

Cara membuat panggilan video atau audio sehingga 8 orang di WhatsApp

Untuk membuat panggilan video atau audio tersebut, anda boleh mengemas kini aplikasi WhtasApp anda terlebih dulu kepada versi 2.20.140 atau terbaru bagi pengguna peranti Android.

Manakala versi 2.20.50 atau terbaru pula adalah bagi pengguna peranti iOS.

Cara membuat panggilan video atau audio sehingga 8 orang itu pula adalah seperti berikut:-

Dari Grup

Dari grup WhatsApp, anda boleh terus memilih mana-mana ahli grup tersebut sehingga 7 orang dan mula membuat panggilan video atau audio.

Senarai orang hubungan

Atau menerusi senarai orang hubungan, anda boleh memilih nama orang hubungan yang ada di dalam aplikasi WhatsApp sehingga 7 orang untuk membuat panggilan video atau audio.

WhatsApp 2

Cuma pastikan dulu, orang hubungan yang anda ingin masukkan ke dalam panggilan video atau audio 8 orang itu telah pun mengemas kini aplikasi WhatsApp mereka kepada versi terkini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY