Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Perkenal Ciri Pengesahan Baharu Untuk Tukar Akaun Ke Peranti Lain

Pengguna WhatsApp Kini Boleh Hantar Gambar Dalam Kualiti HD

Diterbitkan Ogos 18, 2023 · Dikemas kini Ogos 18, 2023 oleh Amalina Athman

Mula diuji sejak Februari lalu, CEO Meta Mark Zuckerberg kini mengumumkan ciri menghantar gambar dalam kualiti HD mula tersedia kepada pengguna WhatsApp versi stabil.

Berkaitan

  • Ini Antara Ciri Baharu Yang Sudah Tersedia Di WhatsApp
  • Pengguna Terpilih WhatsApp Kini Boleh Akses Multi-Akaun Dalam Satu Aplikasi
  • WhatsApp Uji Ciri Pelekat Dengan Janaan AI

Seperti kebiasaan, WhatsApp melancarkan ciri baharu kepada pengguna iOS dan Android secara berperingkat. Jika ciri ini telah tersedia, butang “HD” akan terpapar di bahagian bar suntingan foto di WhatsApp. Pengguna kemudiannya boleh memilih untuk menghantar dalam “Standard quality” atau “HD Quality”.

Dengan kualiti HD, ia membolehkan pengguna menghantar gambar dalam resolusi lebih tinggi. Namun, ia dipercayai bukan 100% dalam kualiti asal.

want to see life in HD? ✨ now the choice to send HD photos in chat is up to you. pic.twitter.com/z0gE7tIAuo

— WhatsApp (@WhatsApp) August 17, 2023

Sementara itu, WABetaInfo menyatakan pilihan HD hanya tersedia bagi imej yang dianggap cukup baik untuk dihantar dalam kualiti tinggi. Jika kualiti imej yang dimampatkan (compress) tidak jauh berbeza daripada yang berkualiti tinggi, atau saiz foto tidak begitu besar, pilihan HD tidak akan tersedia.

Latest highlights about HD photos:

1) The HD option shows up only for photos that are are considered good enough to be sent in high quality. If the compressed image quality isn't significantly different from the high-quality one, or the photo isn't very large in size, the HD… pic.twitter.com/tV5eC87MLc

— WABetaInfo (@WABetaInfo) August 17, 2023

Selain untuk gambar, WhatsApp dijangka akan melancarkan ciri menghantar video dalam kualiti HD tidak lama lagi.

Sumber: Mark Zuckerberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY