WhatsApp, Facebook & Instagram Bermasalah, Masih Lagi Belum Selesai Sepenuhnya

Semalam, sebahagian pengguna perkhidmatan mel elektronik, GMail telah menghadapi masalah dan ia melibatkan pengguna di beberapa kawasan di dunia.

Tidak cukup dengan itu, bermula awal pagi tadi, tiga lagi platform popular lain iaitu WhatsApp, Facebook dan Instagram didapati menghadapi perkara yang sama.

Pengguna masih boleh menggunakan tiga aplikasi tersebut, namun mereka tidak dapat menggunakan semua fungsi yang disediakan.

Sebagai contoh, sebahagian pengguna WhatsApp tidak dapat menghantar gambar kepada pengguna lain.



Selain itu, pengguna-pengguna Instagram tidak dapat mengemaskini suapan Instagram mereka dan kapsyen pada kiriman mereka hilang.



Bagi pengguna Facebook pula, sebahagian mereka mengadu tidak boleh membuat kiriman status atau komen di dalam "Groups" dan "Pages".

Masalah ini dikatakan melibatkan pengguna-pengguna di rantau Amerika seperti Brazil, Argentina dan Paraguay serta beberapa negara Asia dan Asia Pasifik termasuklah Malaysia.

Walaupun kadar laporan di Downdetector.com telah menurun, masalah ini didakwa masih lagi menghantui sebahagian pengguna ketika artikel ini ditulis.

Para pembangun platform yang terlibat kini sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

 

Sumber: Downdetector   @facebook   @instagram