Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perlis Larang Penjawat Awam Rakam Video Live Di Facebook Semasa Berkerja

Perlis Larang Penjawat Awam Rakam Video Live Di Facebook Semasa Berkerja

Diterbitkan Ogos 3, 2017 ยท Dikemas kini Ogos 3, 2017 oleh Haikel Areff

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Perlis, Azmi Ibat berkata pada petang semalam penjawat awam di negeri perlis tidak dibenarkan untuk membuat siaran langsung menerusi laman sosial Facebook (Facebook Live) dalam waktu bekerja.

“Tindakan penjawat awam membuat sebarang siaran langsung menerusi media sosial adalah salah dan melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972. Kami di JTK juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran jenayah siber kerana wujudnya pihak yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan kemudahan komunikasi dan Internet untuk menimbulkan kekeliruan dan penipuan,” katanya.

Perlis Larang Penjawat Awam Rakam Video Live Di Facebook Semasa Berkerja

Langkah ini diambil untuk mengelakkan kebocoran maklumat sulit kerajaan negeri daripada tersebar luas di alam maya. Menurut Azmi lagi, tindakan penjawat awam itu boleh mengundang kepada jenayah siber oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan akan dikenakan tindakan tatatertib jika ditangkap.

“Melalui akta berkenaan dan yang lainnya melarang penjawat awam menggunakan sosial media untuk kegunaan peribadi di waktu bekerja,” katanya ketika berucap pada Program Jenayah Siber: Kita Juga Mangsa anjuran Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Perlis DiDewan Kuliah Utama Institut Latihan Perindustrian Padang Behor, Kangar, hari ini.

Sumber: Harian Metro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY