Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
archived chats

WhatsApp Akan Tambah Baik Ciri “Archived Chats”

Diterbitkan Mac 8, 2021 · Dikemas kini Mac 8, 2021 oleh Amalina Athman

Ketika ini, jika anda menandakan perbualan individu atau kumpulan sebagai Archive di aplikasi WhatsApp, semua perbualan akan dipindahkan ke “Archived Chat”. Bagaimanapun, apabila ada mesej baharu diterima, perbualan tersebut akan kembali di ruangan Chats yang kadang-kadang membuat anda terganggu.

Terbaru, WhatsApp dilaporkan sedang membangunkan ciri Archived yang baharu. Melaluinya, pengguna mempunyai pilihan untuk membisukan kiriman yang diterima dari Archived Chat. 

archived 1

Sebagai contoh, anda telah memindahkan perbualan individu A ke Archived Chats. Kemudiannya, anda menyahaktifkan fungsi “Unarchive Chats” di bahagian suntingan tetapan Archive.

Archive Chat WhatsApp

Dengan itu, jika anda menerima mesej baharu daripada individu A, mesej tersebut akan kekal di Archived Chats dan tidak akan terpapar pada ruangan utama perbualan.

Bagaimanapun, pengguna diberi pilihan untuk memilih tetapan tersebut mengikut keperluan.

Buat masa ini, ciri berkenaan masih dalam fasa pembangunan dan akan diperkenalkan untuk kemas kini akan datang.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY