WhatsApp Akan Padam Akaun Dari Aplikasi Pihak Ketiga, Ini Cara Kembali Ke Aplikasi Rasmi WhatsApp

Jika menggunakan akaun WhatsApp dari aplikasi pihak ketiga, akaun anda mungkin akan disekat untuk sementara. Bagaimanapun, jika masih tidak beralih kepada aplikasi rasmi WhatsApp dalam tempoh sekatan sementara itu, akaun pengguna mungkin akan disekat daripada menggunakan WhatsApp secara kekal.

Ini kerana, WhatsApp tidak dapat mengesahkan amalan keselamatan aplikasi pihak ketiga serta melanggar Terma Perkhidmatan. Antara aplikasi pihak ketiga tersebut termasuk WhatsApp Plus, GB WhatsApp dan sebagainya.

Dengan itu, terdapat beberapa cara yang disediakan untuk bertukar kepada aplikasi rasmi WhatsApp mengikut jenis aplikasi yang digunakan.

Cara tukar kepada aplikasi rasmi WhatsApp


Sebelum beralih ke aplikasi rasmi WhatsApp, anda mungkin memerlukan sandaran data bagi sejarah perbualan. Bagaimanapun, ia bergantung jenis aplikasi pihak ketiga yang digunakan.

Untuk WhatsApp Plus atau GB WhatsApp, ikuti beberapa langkah di bawah.

 
GB WhatsApp

1. Tunggu sehingga sekatan sementara berakhir di mana terdapat pemasa (timer) yang menunjukkan tempoh anda disekat.

2. Kemudian, tekan pada More Options > Chats > Back up Chats untuk melakukan sandaran data.

3. Pergi ke Phone Settings > tekan Storage > Files.

4. Cari folder GB WhatsApp, tekan dan hold folder tersebut. Setelah itu, "Rename" folder tersebut kepada "WhatsApp".

5. Muat turun aplikasi rasmi WhatsApp di Play Store atau melalui pautan ini.

6. Setelah itu, sahkan nombor telefon anda dengan memasukkan nombor telefon, membuat permintaan kod serta mengisi kod 6-digit yang diterima melalui WhatsApp.

7. Di bahagian Backup, pilih Restore > Next.

 
WhatsApp Plus

Jika sejarah perbualan telah disimpan sebelum ini, ia akan dipindahkan secara automatik kepada aplikasi rasmi WhatsApp. Dengan itu, anda hanya perlu memuat turun aplikasi rasmi WhatsApp di Play Store atau melalui pautan ini.

Setelah itu, sahkan nombor telefon anda dan akaun dari WhatsApp rasmi boleh digunakan seperti biasa.

Itu sahaja tips pada kali ini. Semoga bermanfaat.