Termasuklah perkongsian Status ke aplikasi-aplikasi sosial yang lain.
Laman The Verge melaporkan pembangun aplikasi sembang sosial popular, WhatsApp sedang mencuba ciri baru yang membolehkan penggunanya berkongsikan status dari aplikasi tersebut ke aplikasi-aplikasi lain yang terdapat di dalam peranti pintar pengguna.
Ini termasuklah aplikasi sosial Facebook, Instagram serta Gmail dan Google Photos. Walaupun ciri perkongsian status ini akan memudahkan pengguna WhatsApp, tetapi ia turut menimbulkan persoalan terhadap keselamatan data serta privas i pengguna.
Sebelum ini, WhatsApp telah berjanji bahawa mereka tidak akan berkongsikan data penggunanya bersama Facebook ketika pengambil alihan oleh Facebook ke atas aplikasi tersebut pada tahun 2014 dahulu.
Walaubagaimanapun, semuanya berubah apabila mereka menyatakan bahawa mereka akan mula berkongsikan data penggunanya bersama Facebook pada tahun 2016.
Tindakan tersebut menyebabkan WhatsApp di denda sebanyak $122 juta oleh Suruhanjaya Eropah kerana mengelirukan pihak berkuasa mengenai limitasi pautan akaun yang boleh disambungkan sebelum pengambil alihan tersebut.
Ciri Status WhatsApp mula diperkenalkan dalam tahun 2017 dan aplikasi tersebut dilaporkan kini mempunyai jumlah pengguna aktif lebih daripada 500 juta pengguna di seluruh dunia (berdasarkan data dari laman Statista).
Bermula tahun 2020 juga, iklan akan mula dipaparkan dalam Status pengguna WhatsApp.
Sumber: The Verge
Berkaitan
- Akhirnya, WhatsApp Untuk iPad Mungkin Akan Tiba Tidak Lama Lagi
- Tema Gelap Aplikasi WhatsApp Turut Akan Tiba Di Platfom Komputer Dan Versi Sesawang
- Ubah Tetapan WhatsApp Ini Segera Bagi Mengelakkan Anda Menjadi Mangsa 'Scam'
- Telegram Akan Mula Memaparkan Iklan Tapi Tidak Seperti Di WhatsApp
- Pengguna Di India Kini Boleh Membuat Transaksi Kewangan Terus Dari WhatsApp
- Mesej Tular Jangan Tekan Butang "1" Di WhatsApp Dan Facebook Adalah Palsu
- Anda Sudah Boleh Cuba Mengaktifkan Tema Gelap WhatsApp Web
- Versi Beta Aplikasi WhatsApp Untuk Pengguna Komputer Dilancarkan
- WhatsApp Dan Instagram Menjadi Lubuk Utama Serangan 'Phishing'
- Anda Kini Sudah Boleh Kongsikan Status WhatsApp Ke Laman Facebook