Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
“What’s Your Problem?” Robin Li Yanhong, CEO Baidu

“What’s Your Problem?” Robin Li Yanhong, CEO Baidu

Diterbitkan Julai 3, 2019 · Dikemas kini Julai 3, 2019 oleh ariff bukhari

Seorang lelaki tidak dikenali menyimbah air ke atas CEO Baidu ketika beliau sedang berucap di atas pentas.

Ketua Pegawai Eksekutif Baidu, Robin Li Yanhong secara tiba-tiba diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di atas pentas ketika beliau sedang berucap di majlis yang dihoskan syarikatnya hari ini.

Lelaki tersebut menaiki pentas ketika Robin Li sedang memperkatakan tentang teknologi kecerdasan buatan lalu terus menyimbahkan air dari botol ke atas kepala CEO tersebut.

Walaupun beliau kelihatan terkejut tetapi beliau tetap berdiri kaku dan tidak bergerak untuk seketika ketika air dicurahkan ke atas beliau. Selesai air disimbah, lelaki itu pun meninggalkan pentas dan Robin Li yang masih di atas pentas dalam keadaan basah.

Kemudian Robin Li bertanya “What’s Your Problem?” ketika lelaki tersebut berjalan meninggalkan beliau..

Motif utama tindakan lelaki itu masih  menjadi tanda tanya. Tetapi ia mungkin ada kena mengena dengan kritikan lantang yang diterima Baidu di China sejak beberapa tahun lalu selepas skandal pengiklanan perubatan dan ketidak puasan hati pengguna terhadap perubahan kepada senarai hasil carian yang didapati lebih memihak kandungan miliknya sendiri.

Robin Li, merupakan pengasas syarikat Baidu iaitu syarikat yang menawarkan khidmat enjin carian di China sepertimana Google.

Sumber: CNN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY